• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Pad 6S Pro 12.4, tablet terhebat & paling mahal Xiaomi dah tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:52 pm
  • 15/05/2024
  • Komen
Xiaomi Pad 6S Pro 12.4, tablet terhebat & paling mahal Xiaomi dah tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika tablet berkuasa tinggi yang anda cari, Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan tablet terbaik mereka, Xiaomi Pad 6S Pro 12.4. Ia juga adalah tablet paling mahal akan Xiaomi jual di Malaysia, jauh berbeza dengan Xiaomi Pad 6 yang dilancar tahun lepas.

Walaupun ia ada prestasi tinggi, Xiaomi masih tidak membawa varian yang menyokong rangkaian mudah alih 5G untuk pasaran tempatan. Tetapi ia ada aksesori tambahan yang boleh mempertingkatkan lagi produktiviti kerja pengguna, seperti Focus Pan dan papan kekunci.



Harga dan Promosi Xiaomi Pad 6S Pro

Orang ramai boleh mendapatkan tablet terhebat Xiaomi ini mulai hari Khamis, 16 mei 2024. Ia akan dijual di semua kedai sah Xiaomi di Malaysia, serta boleh didapati atas talian di laman web Xiaomi Malaysia, Lazada dan Shopee.

Terdapat dua varian Xiaomi Pad 6S Pro disediakan. Berikut adalah harga rasmi serta aksesori yang berkaitan:



  • Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,799
  • Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM3,099
  • Xiaomi Pad 6S Pro Touchpad Keyboard – RM699
  • Xiaomi Focus Pen – RM399
  • Xiaomi Pad 6S Pro Cover – RM149

Untuk masa terhad, pembeli Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 akan menerima hadiah percuma berupa Touchpad Keyboard bernilai RM699, sementara stok masih ada. Selain itu, pembeli juga boleh mendapat diskaun 30% untuk aksesori lain iaitu Xiaomi Focus Pen dan Xiaomi Pad 6S Pro Cover, jika membelinya bersama tablet ini.

Spesifikasi Xiaomi Pad 6S Pro 12.4

Prestasi tertinggi pada tablet ini digerakkan oleh cip Snapdragon 8 Gen 2 4nm, bersama RAM super pantas LPDDR5X sehingga 12GB, dan storan sangat laju UFS 4.0 sehingga 512GB. Tiada ruang untuk kad mikroSD serta kad SIM.

Paparannya sangat besar, seluas 12.4-inci jenis LCD dalam nisbah 3:2, dengan resolusi 3K (3048×2032). Skrin ini juga ada kadar penyegaran sehingga 144Hz, dengan kecerahan puncak pada 900 nits. Bagi melengkapkan lagi pengalaman pengguna, terdapat 6 pembesar suara stereo berteknologi Dolby Atmos dipasang pada tablet ini.

Di bingkai atas skrin, terdapat kamera hadapan 32MP tersembunyi dengan kemas. Di belakang pula, ia dilengkapi kamera utama 50MP dan kamera potret 2MP. Sistem operasi terbaru, HyperOS digunakan pada Xiaomi Pad 6S Pro 12.4.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 10,000mAh. Walaupun besar, bateri ini boleh dicas dari 0-100% dalam masa 35 minit sahaja, kerana ia menyokong pengecasan pantas HyperCharge 120W. Kepala pengecas dan kabel yang serasi turut diberi di dalam kotak.

Hanya ada satu warna disediakan iaitu warna kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi Pad 6S Pro 12.4.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

  • Redmi 13C 5G tiba, telefon 5G termurah Xiaomi dijual di Malaysia
  • Siri Redmi Note 13 ditawar lebih murah pada harga serendah RM649
  • [REVIU] Xiaomi 14: Flagship kompak yang anda perlu miliki, lagi berbaloi daripada Galaxy S24
  • Redmi A3: Ada bonjol kamera ala Xiaomi 14 Ultra, harga RM429
Tags: tabletxiaomiXiaomi Pad 6S Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Xiaomi Pad 6S Pro 12.4, tablet terhebat & paling mahal Xiaomi dah tiba di Malaysia

Xiaomi Pad 6S Pro 12.4, tablet terhebat & paling mahal Xiaomi dah tiba di Malaysia

15 May 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER