• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia V60, telefon murah baru dari ZTE dengan NFC dan mirip iPhone 15 Pro Max

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 20/05/2024
  • Komen
Nubia V60, telefon murah baru dari ZTE dengan NFC dan mirip iPhone 15 Pro Max
Share on FacebookShare on Twitter

Nak telefon yang murah tapi rupa macam iPhone 15? Kalau gaya yang anda cari, boleh dapatkan telefon pintar Nubia V60 yang baru ini. Walaupun harganya sangat murah, ia tidak mengorbankan spesifikasi dengan terlalu rendah.

Harga Nubia V60

ZTE Malaysia telah menjual Nubia V60 sekarang, dan ia boleh didapati daripada pengedar sah mereka di seluruh Malaysia. Selain itu, ia juga boleh dibeli di Stor Rasmi ZTE Malaysia di Shopee.



Harga rasmi untuk Nubia V60 ini tidak sampai RM600 iaitu:

  • Nubia V60 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM588

Mungkin agak pelik kerana biasanya, penjual meletakkan nombor 99 di belakang, bukannya 88. Tetapi jika anda berminat, terdapat dua warna disediakan iaitu hitam dan emas. Seperkara lagi, ZTE Malaysia memberikan jaminan selama 18-bulan untuk Nubia V60.



Spesifikasi Nubia V60

Melihatkan harganya, sememangnya boleh dijangka ia ada prestasi yang rendah. Nubia V60 menggunakan cipset Unisoc T616, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia memiliki fungsi RAM dinamik, membolehkan RAM diluaskan menjadi 20GB.

Walaupun murah, Nubia V60 memiliki skrin LCD dengan resolusi HD Penuh. Ia sebesar 6.72-inci tetapi kadar penyegaran hanya 60Hz. Tetapi canggihnya, ia ada fungsi “Live Island” iaitu membesarkan lubang kecil di dahi skrin untuk memaparkan notifikasi.

Tambah menarik apabila ZTE mengenakan kamera hadapan dengan resolusi tinggi 32MP di Nubia V60. Di belakang pula, ia dilengkapi kamera utama 50MP, bersama kamera makro 20MP dan kamera potret 2MP. Susunan kamera belakang ini sangat mirip dengan iPhone 15, mungkin akan menyebabkan orang lain berfikir anda menggunakan iPhone 15, bukan Nubia Z60.

Bateri pula berkapasiti 5,000mAh, dengan sokongan kuasa mengecas 22.5W melalui USB-C. Sistem bunyi hanya mono dan ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar.

Pengimbas capjari ada di butang kuasa di sisi. Selain itu, Nubia V60 turut dilengkapi NFC untuk pelbagai kegunaan sentuhan tanpa wayar, seperti Google Pay. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nubia V60.

Bacaan Berkaitan

  • Nubia Focus Pro 5G, telefon unik dengan kamera termaju dan tak mahal dilancar di Malaysia
  • Terbukti! Nubia Neo 2 5G adalah telefon gaming dengan butang bahu termurah di Malaysia
  • ZTE Blade A54 hanya RM369 tetapi spesifikasi melebihi jangkaan, waranti 18-bulan
Tags: NubiaNubia V60ZTE
Najib

Najib

POPULAR

Nubia V60, telefon murah baru dari ZTE dengan NFC dan mirip iPhone 15 Pro Max

Nubia V60, telefon murah baru dari ZTE dengan NFC dan mirip iPhone 15 Pro Max

20 May 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN