• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelawat dari China boleh guna autogate Malaysia bermula 1 Jun 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:43 pm
  • 20/05/2024
  • Komen
Jabatan Imigresen Malaysia Tutup Operasi Autogate Di Semua Pintu Masuk Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengumumkan yang Jabatan Imigresen Malaysia memperluas kemudahan autogate kepada lebih ramai pelawat negara luar yang mengunjungi negara ini. Sebanyak 10 negara baharu ditambah ke dalam yang sedia ada. Antara negara yang baharu menyertai adalah seperti:

  • Bahrain
  • China
  • Hong Kong
  • Jordan
  • Kanada
  • Oman
  • Qatar
  • Taiwan
  • Emiriah Arab Bersatu
  • semua negara Kesatuan Eropah

Objektif yang ingin dicapai kementerian itu adalah menambah baik kecekapan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara lantas memacu industri pelancongan negara. Datuk Seri Saifuddin juga memberi jaminan yang keselamatan negara tetap tidak dikompromi dengan segala kemudahan baharu ini. Dengan pertambahan ini, sebanyak 46 negara boleh menggunakan kemudahan autogate negara kita untuk urusan masuk dan keluar.



Pihak kerajaan juga sedang berusaha untuk mendapatkan kemudahan yang sama kepada warganegara Malaysia yang mengunjungi negara-negara terlibat dalam masa terdekat.

Dalam masa terdekat, Malaysia akan mempengerusikan mesyuarat ASEAN dalam tahun 2025 dan delegasi daripada negara-negara ASEAN boleh memanfaatkan kelebihan ini termasuklah kepada para diplomat dan ahli keluarga.



Menurut Datuk Seri Saifuddin, bermula 2023 hingga April 2024, Malaysia merekodkan lebih 40 juta ketibaan pelawat luar. Pihak Jabatan Imigresen mendapati bahawa 30.5 juta ketibaan adalah melalui pintu masuk KLIA, KLIA2, Bangunan Sultan Iskandar, dan Kompleks Sultan Abu Bakar.

Sumber: The Star

Tags: autogatemalaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jabatan Imigresen Malaysia Tutup Operasi Autogate Di Semua Pintu Masuk Negara

Pelawat dari China boleh guna autogate Malaysia bermula 1 Jun 2024

20 May 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN