• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:15 pm
  • 27/05/2024
  • Komen
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp adalah salah satu aplikasi permesejan paling banyak digunakan di dunia selain Telegram. Tapi, tahukah anda cara untuk hantar teks tanpa perlu simpan nombor telefon penerima terlebih dahulu? Mari saya ajarkan dua daripadanya.

Gunakan WhatsApp Link

Kaedah ini memerlukan anda untuk merangka URL khas yang mengandungi nombor telefon destinasi. Anda boleh gunakan format seperti berikut:



http://wa.me/[nombor telefon penerima]
http://wa.me/6012345678

Nombor telefon penerima perlu dimasukan sekali dengan kod antarabangsa. Contohnya, sekiranya anda ingin menghantar mesej kepada 012345678 yang nombornya berasal daripada Malaysia, rujuk contoh di atas.

Anda boleh terus taip URL tersebut di ruangan alamat laman web dalam pelayar ataupun tuliskan terlebih dahulu di aplikasi nota dan lakukan proses copy & paste kemudian.



Pelayan akan terus lancarkan aplikasi WhatsApp sekiranya ia ada terpasang di telefon anda.

Anda juga boleh masukkan teks yang akan dimasukkan secara automatik sebagai mesej pertama yang akan dihantar kepada penerima. Contoh:

http://wa.me/?phone=[nombor telefon]&text=[mesej]
http://wa.me/?phone=6012345678&text=nak beli kuih raya

Guna fungsi “Message Yourself”

Anda tahu cara hantar mesej WhatsApp kepada diri sendiri? Anda boleh cari butang “+” di iOS dan anda akan nampak nombor telefon anda sendiri di halaman WhatsApp Contacts. Anda boleh taip noombor telefon penerima dan tekan hantar.

Sekiranya si penerima mempunyai akaun WhatsApp, mesej tersebut akan bertukar menjadu pautan yang boleh diklik dan anda boleh terus bermesej dengan nombor tersebut tanpa perlu menyimpannya.

5 sebab kenapa WhatsApp tanpa perlu simpan nombor

Terdapat beberapa sebab kenapa ada sesetangah orang lebih suka hantar mesej WhatsApp tanpa menyimpan nombor telefon penerima antaranya adalah seperti:

  1. Komunikasi singkat: Mungkin pengguna ingin hantar mesej pantas tentang sesuatu yang spesifik seperti bertanyakan produk jualan dan tiada lagi komunikasi susulan selepas itu.
  2. Kerahsiaan: Mungkin pengguna tidak mahu gambar profil mereka dilihat orang yang tidak dikenali kerana ada satu ciri di WhatsApp yang hanya benarkan gambar dilihat oleh nombor yang telah disimpan sahaja.
  3. Perniagaan: Peniaga yang berkomunikasi dengan klien mungkin sedikit renyah sekiranya perlu menyimpan nombor telefon satu-demi-satu. Jadi solusi ini paling menyenangkan.
  4. Komunikasi sementara: Mungkin anda ingin mendapatkan kemas kini tentang sesuatu info daripada orang yang bukan daripada kalangan rakan anda secara sementara.
  5. Jaga kekemasan buku contact: Ada juga yang ingin elakkan senarai contact bebas daripada nombor telefon rambang.

Bacaan berkaitan

WhatsApp tawarkan sokongan passkey untuk pengguna iOS

Meta AI sertai arena chatbot lawan Gemini, ChatGPT, dan Copilot

Sembang lebih kemas dan tersusun dengan penapis terbaru WhatsApp

Tags: whatsapp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN