Keputusan SPM 2023 dah pun diumumkan. Tentu sekarang ramai yang sedang sibuk nak mohon masuk universiti bukan? Buat yang nak jadi jurutera, ini adalah laptop bawah RM5,000 yang boleh jalankan Autodesk AutoCAD dengan lancar.
Keperluan minimum untuk jalankan AutoCAD
Pertama sekali, menurut maklumat rasmi Autodesk, sekiranya nak jalankan AutoCAD dengan lancar, pembangun aplikasi itu menyarankan sesebuah komputer itu dilengkapi CPU berkelajuan sekurang-kurangnya 2.5Ghz.
Pemproses berasaskan ARM tidak disokong tapi ada satu keistimewaan iaitu ia sokong komputer berasaskan Apple Silicon malah dikatakan yang ia berjalan lebih baik berbanding pemproses berasaskan X86. Kapasiti RAM yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 8GB.
Kemudian, GPU adalah sesuatu yang wajib kerana ia perlukan pemproses grafik untuk lakukan line smoothing, penjanaan teks, dan tugasa berat lain. GPU disarankan mempunyai ruang VRAM 8GB namun kapasiti minimum diletakkan pada paras 2GB.
1. HP Victus 16
Bermula daripada harga paling rendah ialah HP Victus 16. Walaupun termurah, ia ada cip yang agak baharu iaitu Ryzen 5 8645HS berasaskan seni bina Zen 4. Kad GPU yang mendukung tugasan grafik ialah RTX 4050 6GB DDR6. Modul RAM yang diberikan adalah yang berkapasiti 16GB DDR5 berkelajuan 5,600Mhz dengan storan 512GB PCIe Gen4.
HP Victus 16 ada skrin FHD 16.1”. Panelnya jenis IPS dengan kadar segar semula 144Hz. Tangki bateri sebesar 70Wh membekalkan tenaga kepada laptop ini dengan pengecasan 240W diberikan.
Akhir sekali, berat HP Victus 16 adalah 2.45kg.
Spesifikasi teknikal HP Victus 16
- CPU AMD Ryzen 5 8645HS
- RAM 16GB DDR5 5600Mhz
- Storan 512GB PCIe Gen4
- Paparan 16.1” FHD 1920 x 1080 IPS 144Hz
- GPU Nvidia GeForce RTX 4050 6GB DDR6
- I/O: 3.5mm audio (1), HDMI 2.1 (1), USB-C (1), USB-A (2), LAN (1)
- Bateri 70Wh
- Pengecas 230W
- Berat: 2.46kg
- Lain-lain: Papan kekunci RGB
Layari laman rasmi HP Victus 16 untuk maklumat lanjut.
HP Victus 16 di Lazada
HP Victus 16 di Shopee
2. Acer Predator Helios Neo 16
Laptop kedua ini satu-satunya guna cip Intel dalam senarai ini. Acer Predator Helios Neo 16 yang disarankan ini guna cip Intel Core i5-13500HX. Ini adalah cip 20 teras dengan kelajuan minimum 3.5Ghz. CPU tersebut dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 512GB.
Itulah dia satu-satunya kelemahan laptop ini iaitu kapasiti RAM yang agak kecil. Buat sementara, bolehlah, tapi bila ada duit lebih, disarankan untuk anda tambah sekeping lagi modul RAM 8GB. Bersama-sama dengan RAM itu, Helios Neo 16 juga memiliki GPU RTX 4060 8GB.
Kemudian, laptop ini dilengkapi panel IPS FHD+ sebensar 16” dengan kadar segar semula 165Hz. Seandainya kerja ala digital nomad diperlukan sistem bateri 90Wh disediakan dan akhir sekali, berat laptop ini adalah 2.6kg.
Spesifikasi teknikal Acer Predator Helios Neo 16
- CPU AMD Ryzen 5 8645HS
- RAM 16GB DDR5 5600Mhz
- Storan 512GB PCIe Gen4
- Paparan 16.1” FHD 1920 x 1080 IPS 144Hz
- GPU Nvidia GeForce RTX 4050 6GB DDR6
- I/O: 3.5mm audio (1), HDMI 2.1 (1), USB-C (1), USB-A (2), LAN (1)
- Bateri 70Wh
- Pengecas 230W
- Berat: Tiada Info
- Lain-lain: Papan kekunci RGB
Layari laman rasmi Acer Predator Helios Neo 16 untuk maklumat lanjut.
Acer Predator Helios Neo 16 di Lazada
Acer Predator Helios Neo 16 di Shopee
3. Acer Nitro V16
Satu lagi laptop Acer yang boleh anda pertimbangkan jalankan AutoCAD dengan lancar ialah Acer Nitro V16. Laptop ini diperkasa cip AMD Ryzen 7 8845HS, lebih berkuasa daripada cip di HP Victus 16 tadi. Harganya juga hampir RM1,000 lebih tinggi. Walau bagaimanapun, Nitro V16 ada RAM 16GB dan storan 512GB. Tak perlu naik taraf seperti yang anda kena buat di Helios Neo 16 tadi.
Di bahagian paparan, laptop ini ada panel 16” WUXGA dan GPU RTX 4050 6GB. Seterusnya, bateri laptop ini dicas menggunakan blok pengecas 135W yang diberikan. Berat Acer Nitro V16 ialah 2.5kg.
Spesifikasi teknikal Acer Nitro V16
- CPU AMD Ryzen 5 8645HS
- RAM 16GB DDR5 5600Mhz
- Storan 512GB PCIe Gen4
- Paparan 16.1” FHD 1920 x 1080 IPS 144Hz
- GPU Nvidia GeForce RTX 4050 6GB DDR6
- I/O: 3.5mm audio (1), HDMI 2.1 (1), USB-C (1), USB-A (2), LAN (1)
- Bateri 70Wh
- Pengecas 230W
- Berat: Tiada Info
- Lain-lain: Papan kekunci RGB
Layari laman rasmi Acer Nitro V16 untuk maklumat lanjut.
Acer Nitro V16 di Lazada
Acer Nitro V16 di Shopee
4. Apple Macbook Air M2
Laptop seterusnya adalah daripada Apple iaitu Macbook Air M2. Ya, AutoCAD sekarang tidaklah seperti dahulu. Sebelum ini, perisian AutoCAD tidak menyokong pemproses berasaskan ARM secara natif dan perlukan lapisan penterjemah Rosetta untuk dijalankan.
Namun, bermula AutoCAD 2024, pembangunnya mengumumkan sokongan natif Apple Silicone, malahan katanya prestasinya adalah dua kali ganda lebih baik berbanding versi 2023 yang dijalankan menerusi Rosetta.
Macbook Air M2 boleh anda dapatkan pada harga RM4,799. Anda dapat laptop bertunjangkan cip Apple M2, RAM 8GB dan storan 256GB. Skrin untuk bekerja sedikit kecil pada 13.6” tapi ini adalah laptop paling ringan dalam senarai pada 1.24kg.
Disebabkan ia berasaskan ARM, anda dapat hayat bateri yang panjang, sehingga 18 jam.
Spesifikasi teknikal Apple Macbook Air M2
- CPU Apple M2
- RAM 8GB
- Storan 256GB
- Paparan 13.6” Liquid Retina 2560 x 1664
- I/O: USB-C (2)
- Bateri 52.6Wh
- Pengecas 30W
- Berat: 1.24kg
- Lain-lain: Papan kekunci LED
Layari laman rasmi Macbook Air M2 untuk maklumat lanjut.
Macbook Air M2 di Lazada
Macbook Air M2 di Shopee
5. Asus TUF Gaming A15
Laptop terakhir yang saya nak sarankan ini paling mahal, RM4,899 harganya iaitu Asus TUF Gaming A15. Tapi itu adalah harga rasmi kerana di Shopee, anda boleh dapatkan pada harga lebih murah malahan bawah RM5,000 anda boleh dapat yang telah dinaik taraf RAM sehingga 24GB.
Kelebihan laptop ini ialah ia ada GPU lebih terkini iaitu RTX4060 6GB DDR6. Jadi, boleh la sambil-sambil kerja tu, anda main game. GPU itu digandingkan bersama CPU AMD Ryzen 5 7535HS dan RAM 8GB. RAM tu boleh pakai buat sementara, kalau ada bajet lekas-lekaslah naik taraf.
Laptop ini ada skrin FHD sebesar 15.6” dengan kadar segar semula 144Hz. Kalau perlu kerja di luar, ia ada bateri 90Wh dengan pengecas 240W disediakan. Berat Asus TUF Gaming A15 ialah 2.2kg.
Spesifikasi teknikal Asus TUF Gaming A15
- CPU AMD Ryzen 5 7535HS
- RAM 8GB DDR5 4,800Mhz (boleh diperbesar)
- Storan 512GB PCIe Gen4
- Paparan 15.6” FHD 1920 x 1080 IPS 144Hz
- GPU Nvidia GeForce RTX 4060 6GB DDR6
- I/O: 3.5mm audio (1), HDMI 2.1 (1), USB-A (2), USB-C (2), LAN (1)
- Bateri 90Wh
- Pengecas 240W
- Berat: 2.20kg
- Lain-lain: Papan kekunci RGB
Layari laman rasmi Asus TUF Gaming A15 untuk maklumat lanjut.
Asus TUF Gaming A15 di Lazada
Asus TUF Gaming A15 Shopee
Itulah dia laptop bajet RM5,000 yang boleh anda pertimbangkan kepada bakal-bakal jurutera di luar sana. Ada tak jurutera-jurutera senior di luar sana yang membaca artikel ini, anda pakai laptop apa? Cuba kongsi dalam ruangan komen.
Bacaan berkaitan
5 Terbaik: Tablet mini bawah 9″ ada prestasi baik dengan harga berpatutan
5 Terbaik: Telefon TikTok Live pada harga patut untuk mula jana pendapatan
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 berprestasi tinggi dan lengkap fungsi menarik (2024)