• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Vivobook S 15: Laptop Copilot+ PC pertama Asus dengan Snapdragon X Elite

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:21 am
  • 05/06/2024
  • Komen
Vivobook S 15: Laptop Copilot+ PC pertama Asus dengan Snapdragon X Elite
Share on FacebookShare on Twitter

Asus telah umumkan Copilot+ PC pertama mereka dan ia daripada keluarga Vivobook. Nama modelnya ialah ASUS Vivobook S 15 yang diperkasa Snapdragon X Elite. Berdasarkan spesifikasi, laptop ini ditujukan kepada digital nomad. Walaupun ia berada dalam kategori 15 inci, berat badannya cuma 1.42kg dan setebal 1.47cm.

Laptop ini mempunyai hayat bateri sehingga 18 jam lamanya. Mereka boleh bekerja menerusi panel paparan 3K 120Hz berteknologi ASUS Lumina OLED. Sistem audio pula ditunjangi pemacu yang menerima pengiktirafan Harman Kardon dan Dolby Atmos.



Sebagai sebuah Copilot+ PC, anda akan temui butang AI itu menggantikan butang Ctrl bahagian kanan. Apabila ditekan, ia akan menyeru fungsi Copilot untuk anda bertanyakan segala macam perkara padanya.

Lagi tentang AI, adalah anda boleh cuba macam-macam ciri menarik untuk mempertingkat produktiviti anda. Contohnya, Windows Studio Effects, Live Captions, dan Cocreator.



Windows Studio Effects memanfaatkan teknologi AI pada laptop yang dilengkapi NPU untuk menerapkan kesan khas kepada video ataupun audio daripada kamera. Contohnya adalah seperti mengkaburkan bahagian latar, memperbetul eye contact, mempertingkat volume suara dan banyak lagi. Live caption pula menjana teks daripada sumber audio sementara Cocreation akan merealisasikan contengan anda menjadi satu hasil seni yang cantik.

Dimaklumkan kepada kami yang Vivobook S 15 ini mampu mengerah SoC Snapdragon X Elite ini bekerja pada paras 45W TDP, tertinggi dalam mana-mana laptop yang gunakan cip ini, setakat ini. Ia dimungkinkan dengan penggunaan sistem penyejukkan yang baik. Asus IceCool adalah sistem penyejukan yang dianggotai dua kipas aktif, dua paip haba, dan dua ekzos untuk menyejukkan sistem secara berkesan tanpa menghasilkan bunyi bising.

Bersama-sama Snapdragon X Elite, varian tertinggi Vivobook S 15 dilengkapi RAM 32GB LPDDR5X dan storan 1TB SSD. Walaupun nipis, penawaran port I/O padanya agak lumayan. Ia ada 2 USB-A, 2 USB-C, 1 HDMI bersaiz penuh, 1 jek audio 3.5mm. Sistem bateri Vivobook S 15 mempunyai kapasiti 70Whr dan ia menerima kuasa daripada pengecas pada paras 90W.

Vivobook S sedia ada dinaik taraf kepada cip AMD Ryzen AI siri 300

Dengan pelancaran Vivobook S 16 baharu ini, Asus turut mengumumkan pembaharuan pada penawaran Vivobook S sedia ada. Model seperti Vivobook S 14, S 15, dan S 16 kini hadir dengan konfigurasi SoC daripada AMD Ryzen AI siri 300 iaitu sehingga Ryzen 9 AI HX 370.

Model-model baharu ini turut mewarisi banyak komponen daripada Vivobook S15 seperti sistem penyejukkan baharu, RAM sehingga 32GB, storan sehingga 1TB, dan banyak lagi.

Anda boleh layari laman rasmi siri Vivobook S untuk maklumat lanjut.

Tags: asusAsus VivoBookasus vivobook sQualcommqualcomm snapdragon x elitesnapdragonSnapdragon X Elite
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Vivobook S 15: Laptop Copilot+ PC pertama Asus dengan Snapdragon X Elite

Vivobook S 15: Laptop Copilot+ PC pertama Asus dengan Snapdragon X Elite

5 June 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional

EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional

12 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER