• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer perkenal tiga monitor gaming Predator OLED 4K serta kadar penyegaran 480Hz

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:33 am
  • 06/06/2024
  • Komen
Acer perkenal tiga monitor gaming Predator OLED 4K serta kadar penyegaran 480Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu acara Computex 2024 yang berlangsung di Taipei, Taiwan, Acer turut memperkenalkan tiga monitor gaming Predator terbaharu mereka iaitu Predator X27U F3, Predator X32 X3 dan Predator X34 X5. Antara perkara yang membuatkan monitor ini istimewa adalah ketiga-tiganya menggunakan panel paparan OLED beresolusi tinggi, serta ada kadar penyegaran pantas sehingga 480Hz.

@soyacincautiktok

Monitor Terpantas: Acer Predator OLED 480Hz #monitor #acer #acerpredator #oled #computex #taipei #taiwan #gaming #soyacincautiktok #longervideos #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Diklasifikasikan sebagai monitor gaming, kesemuanya memiliki sokongan NVIDIA G-SYNC dan AMD FreeSync Premium Pro yang akan menawarkan pengalaman gaming yang sangat lancar dan juga bebas koyak. Meskipun begitu, terdapat perbezaan antara ketiga-tiga monitor dan ia terletak pada tahap resolusi, jenis lengkungan skrin dan juga kadar penyegaran puncak.



Predator X27U F3

Bermula dengan Predator X27U F3, ia adalah monitor paling kecil berukuran 26.5-inci menggunakan panel paparan OLED beresolusi WQHD (2560×1440). Ia memiliki rekaan cukup sleek dengan bezel nipis yang kelihatan rata di semua sisi. Tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah, ia menyokong kadar penyegaran pantas 480Hz dan juga masa respons sangat responsif pada 0.01ms.

Panel paparannya juga ada tahap kecerahan puncak mencapai tinggi 1,300 nits, serta cakupan warna gamut DCI-P3 99% dengan kontras warna 1,500,000:1, di samping memiliki sokongan VESA True Black 400 untuk paparkan hitam yang dalam. Berkenaan sambungan pula, ia memiliki port seperti dua HDMI 2.1, satu DisplayPort dan sambungan USB-C yang menyokong PD 90W.



Predator X32 X3

Seterusnya adalah Predator X32 X3. Seperti namanya, ia ada skrin 31.5-inci menggunakan paparan OLED dengan resolusi 4K Ultra HD (3840×2160). Rekaannya juga memiliki bezel cukup nipis dan sekata di semua sisi, serta menyokong kadar penyegaran pantas, tetapi pada 240Hz dan masa respon 0.03ms.

Kecerahan puncak yang disokong adalah pada paras 1,000 nits dan ia turut memiliki cakupan warna DCI-P3 99% dan juga sokongan VESA True Black 400. Namun, yang menariknya, monitor X32 X3 ini turut sokong kadar penyegaran 480Hz, tetapi jika resolusi diturunkan pada FHD 1080p. Daripada segi penawaran port, ia ada sambungan USB-C, satu DisplayPort dan dua HDMI 2.1.

Predator X34 X5

Akhir sekali dan yang paling besar adalah Predator X34 X5. Ia tampil dengan skrin 34-inci melengkung dengan lengkungan 1800R. Panel paparan OLED-nya mempunyai resolusi UWQHD (3440×1440) dengan kadar penyegaran pantas 240Hz, serta masa respons 0.03ms.

Skrinnya ada kecerahan puncak pada 1,000 nits dan seperti yang lain, panel paparannya turut ada kontras warna 1,500,000:1, cakupan warna DCI-P3 setinggi 99% berserta sokongan VESA True Black 400 untuk tawar warna hitam gelap. Penawaran port-nya juga serupa seperti yang lain menampilkan dua HDMI 2.1, satu DisplayPort dan juga USB-C.

Berkenaan sistem audio, ketiga-tiga monitor adalah sama sahaja dengan dilengkapi dua speaker berkuasa 5W.

Harga dan ketersediaan monitor terbaru Predator

Kedua-dua Predator X34 X5 dan Predator X32 X3 bakal tersedia di Amerika utara, Eropah dan China pada suku ke-4 tahun ini dengan harga USD1,199.99 (~RM5,632) untuk Predator X32 X3 dan USD1,099.99 (~RM5,162) bagi Predator X34 X5. Sementara itu, X27U F3 pula bakal tersedia sekitar suku ke-3 tahun ini pada harga bermula USD1,199.99 (~RM5,632) di Amerika utara, Eropah dan China.

Bacaan berkaitan

  • Acer Swift 14 AI: Laptop AI berkuasa Snapdragon X Elite dengan paparan sentuh 120Hz
  • Acer Swift Go 14 dengan Intel Core Ultra 7 ditawar pada harga bermula RM3,599
  • Acer lancar monitor baharu untuk gaming dan kerja dengan fungsi sentuh dan melengkung 34-inci
Tags: Aceracer predatorPredator X27U F3Predator X32 X3Predator X34 X5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer perkenal tiga monitor gaming Predator OLED 4K serta kadar penyegaran 480Hz

Acer perkenal tiga monitor gaming Predator OLED 4K serta kadar penyegaran 480Hz

6 June 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER