• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Predator Triton Neo 16 Malaysia: Diperkasa Intel Core Ultra 9 dan RTX 4070 pada RM9,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:47 pm
  • 13/06/2024
  • Komen
Predator Triton Neo 16 Malaysia: Diperkasa Intel Core Ultra 9 dan RTX 4070 pada RM9,999
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pengenalannya di peringkat antarabangsa pada Disember 2023, Acer Malaysia kini telah mengumumkan ketibaan laptop Predator Triton Neo 16 di Malaysia. Ia adalah laptop gaming berkuasa tinggi dengan dilengkapkan cip pemproses Intel Meteor Lake terbaharu, GPU siri RTX 40 dengan skrin 16-inci berkadar penyegaran sangat pantas.

Harga dan ketersediaan Predator Neo 16 di Malaysia

Sejurus pengumumannya, Predator Neo 16 boleh didapatkan semua pengguna di Malaysia dalam satu konfigurasi dengan Intel Core Ultra 9, NVIDIA GeForce RTX 4070, RAM 32GB dan SSD 1TB pada harga RM9,999. Pembelian boleh dibuat melalui Acer eStore, stor rasmi Acer di Lazada dan Shopee serta di semua pengedar sah Acer di seluruh Malaysia.



Apa yang menariknya, Acer turut meraikan pelancaran ini dengan menawarkan secara percuma beg bagasi Acer Melbourne 20″ bernilai RM999 kepada pembeli Predator Neo 16 yang membeli sebelum 25 Jun 2024.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh sertai cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi sepasang tiket ke pusingan akhir kejohanan Valorant VCT Pacific di Korea Selatan bernilai sehingga RM10,000. Penyertaannya boleh dilakukan di sini.



Spesifikasi Predator Neo 16

Triton Neo 16 ini dilihat mengekalkan rupa sama seperti Predator Triton 16 yang sebelumnya. Ia tampil dengan paparan IPS berukuran 16 inci beresolusi 3.2k dalam nisbah 16:10. Skrinnya turut ada kadar penyegaran pantas 165Hz bersama-sama dengan sokongan NVIDIA Optimus dan G-Sync, di samping cakupan warna gamut DCI-P3 100% dan pengiktirafan Calman untuk tawarkan warna tepat.

Kuasa tinggi Triton Neo 16 ini datang daripada kombinasi perkakasan dalamannya. Ia diperkasa cip pemproses Intel Core Ultra 9 185H yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X 32GB dan storan SSD PCIe Gen 4 seluas 1TB. Bahagian grafiknya pula dilengkapi GeForce NVIDIA RTX 4070 dengan kuasa maksimum 255W, dan semua komponen ini dimuatkan dalam casis nipis 18.82mm dan berat hanya 2.05kg.

GPU yang digunakan turut memanfaatkan teknologi ray tracing NVIDIA DLSS 3.5 untuk mengotimumkan visual permainan menggunakan AI. Untuk menampung prestasi setinggi ini, Neo 16 menampilkan dwikipas AeroBlade 3D generasi kelima, paip pengaliran haba besar serta sebatian penyejuk berasaskan logam di cip pemproses.

Sistem kipas ini boleh dikawal menerusi aplikasi Predator Sense 5.0, yang juga membolehkan pengguna untuk mengubah mod gaming, memantau prestasi laptop dan mengubah tiga zon lampu RGB pada papan kekunci. Selain itu, laptop ini turut ada mikrofon dengan teknologi Acer Purified Voice 2.0 yang bantu mengurangkan hingar menggunakan AI.

Daripada segi penawaran port, laptop ini ada satu HDMI, dua USB-C dengan satu daripadanya adalah Thunderbolt 4, dua USB-A 3.2 dan juga kad mikro-SD.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Predator Triton Neo 16.

Bacaan berkaitan

  • Predator Helios Neo 14 tiba di Malaysia, laptop kompak diperkasa Intel Core Ultra 9
  • Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070
  • Acer lancar Predator Helios 16 dan 18, hadir dengan skrin Mini LED 250Hz dan RTX 4090
  • Predator Helios Neo 14: Laptop 14” kompak RTX 40 dan Intel Core generasi ke-14
Tags: Aceracer predatorlaptopLaptop gamingPredator Triton Neo 16
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Predator Triton Neo 16 Malaysia: Diperkasa Intel Core Ultra 9 dan RTX 4070 pada RM9,999

Predator Triton Neo 16 Malaysia: Diperkasa Intel Core Ultra 9 dan RTX 4070 pada RM9,999

13 June 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN