• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

4 daripada 5 telco utama akan selesaikan pengambilalihan ekuiti DNB dalam Jun 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:22 am
  • 21/06/2024
  • Komen
4 daripada 5 telco utama akan selesaikan pengambilalihan ekuiti DNB dalam Jun 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan bahawa terdapat perkembangan positif terhadap perjanjian Share Subscription Agreement (SSA) yang telah ditandatangani telco-telco utama negara pada 1 Disember 2023. 4 daripada 5 telco utama dilapor akan menyelesaiakan proses pembelian ekuiti dalam DNB dalam bulan Jun 2024.

4 telco tersebut ialah CelcomDigi (melalui Infranation Sdn. Bhd.), Maxis, U Mobile, dan YTL Communication (melalui YTL Power International Berhad). Telco terakhir yang masih belum memberikan kata putus ialah TM yang katanya masih perlu mendapatkan persetujuan pemegang saham. Tarikh akhir untuk TM mencapai persetujuan adalah pada 21 Ogos 2024.



Perkara ini dilihat akan menggerakkan semula projek Rangkaian Borong Tunggal (SWN) yang berdepan dengan beberapa isu sebelum ini. Sebagai rujukan anda, CelcomDigi (melalui Infranation Sdn. Bhd.), Maxis, U Mobile, TM, dan YTL Communication (melalui YTL Power International Berhad) telah menandatangani SSA untuk, secara kolektif, memegang 70% ekuiti dalam DNB.

Setiap daripada telco akan diberikan 14% pegangan dan mereka akan menyuntik dana RM233 juta, setiap seorang, ke dalam projek SWN ini. Baki pegangan akan dimiliki oleh kerajaan Malaysia termasuklah satu saham khas sehingga satu tempoh yang tidak dimaklumkan.



Perkembangan ini juga bermakna, satu lagi inisiatif baharu boleh dijangkakan akan turut bergerak iaitu penubuhan rangkaian 5G kedua untuk menjayakan model dwirangkaian 5G pula.

Bacaan berkaitan

  • Malaysia umum berpindah ke sistem dwirangkaian 5G selepas cakupan DNB capai 80%
  • CelcomDigi umum lepaskan ekuiti dalam DNB selepas Malaysia umum model dwirangkaian 5G
  • Malaysia akan laksana rangkaian 5G kedua tahun depan di samping DNB?
  • Rangkaian 5G kedua ditangguh, tunggu DNB tubuh lembaga pengarah
Tags: 5gDNBmalaysiatelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

4 daripada 5 telco utama akan selesaikan pengambilalihan ekuiti DNB dalam Jun 2024

4 daripada 5 telco utama akan selesaikan pengambilalihan ekuiti DNB dalam Jun 2024

21 June 2024
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN