• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Ini harga dan maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:34 pm
  • 10/07/2024
  • Komen
Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Ini harga dan maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon boleh lipat Samsung Galaxy Z Fold 6 dan Z Flip 6 diumumkan secara rasmi di Unpacked 2024. Buat anda yang berminat untuk dapatkannya, hari penjualannya tidaklah jauh untuk anda tunggu. Malahan tempahan awal untuk milikinya sudahpun dibuka. Ini adalah maklumat penjualan Z Fold 6 dan Z Flip 6 di Malaysia

Harga Galaxy Z Fold 6 dan Galaxy Z Flip 6 di Malaysia

Tempahan awal untuk dapatkan telefon boleh lipat terbaharu Samsung ini dibuka sehingga 30 Julai 2024. Berikut adalah harga jualan Z Fold 6:



  • 12GB + 256GB – RM7,299
  • 12GB + 512GB – RM7,899
  • 12GB + 1TB – RM9,099

Berikut adalah harga jualan Z Flip 6:

  • 12GB + 256GB – RM4,999
  • 12GB + 512GB – RM5,599

Bersempena dengan tempoh tempahan awal, Samsung sediakan tawaran eksklusif bernilai sehingga RM1,529 bersama-sama pembelian Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6. Antaranya adalah:



  • e-Baucar RM300
  • Penjimatan sehingga 25% melalui Multi Buy Offer
  • Tawaran tukar beli dengan potongan sehingga RM500
  • Jaminan Samsung Care+ 1 tahun bernilai RM729
  • Berikut adalah harganya telefon boleh lipat Samsung.
  • Rebat 20% ke atas Galaxy Watch Ultra bila anda dapatkan mana-mana Galaxy Z Fold 6 atau Galaxy Z Flip 6

Tempahan awal boleh dilakukan secara dalam talian di laman rasmi Samsung.

Spesifikasi Galaxy Z Fold 6

Samsung Galaxy Z Fold 6 ialah penanda aras sebuah telefon boleh lipat yang berjaya. Untuk iterasi ke-6, Samsung membawakan rekaan industrial yang diselarikan dengan siri Galaxy S24. Anda beroleh badan yang lebih kekotak dan tegap apabila di dalam tangan.

Bahagian engsel dimaklumkan Samsung telah ditambah baik yang kini menggunakan seni bina rel berganda yang diguna pakai untuk kedua-dua Z Fold 6 dan Z Flip 6.

Di bahagian luar, ia ada skrin 6.3” HD+ daripada jenis Dynamic AMOLED 2X. Ia dikatakan 0.1” lebih besar berbanding sebelumnya. Sementara itu, di bahagian dalam, skrin sama besar digunakan tapi lebih cerah iaitu pada 2,600 nits. Panel Dynamic AMOLED 2X ini mempunyai resolusi 2160 x 1856 dengan kadar segar semula boleh laras antara 1 hingga 120Hz.

Atas papan utama, Galaxy Z Fold 6 diperkasa Qualcomm Snapdraogn 8 Gen 3 for Galaxy dengan kombinasi RAM dan storan sehingga 12GB dan 1TB pada harga RM9,099. Ternyata ini adalah telefon boleh lipat termahal Samsung setakat ini.

Bahagian kamera tidak menerima sebarang perubahan komponen. Pengguna masih diberikan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12MP, kamera telefoto 10MP 3x zum optikal, kamera selfie 10MP dan kamera 4MP di paparan sebelah dalam.

Lagi bahagian yang dikekalkan ialah kapasiti bateri. Ia mewarisi bateri Galaxy Z Fold 5 iaitu bateri berkapasiti 4,400mAh dengan sistem pengecasan 25W menggunakan port USB ataupun 15W secara wayarles.

Spesifikasi Galaxy Z Flip 6

Dalam keadaan terlipat, Galaxy Z Flip 6 menampilkan skrin luar sebesar 3.4” Super AMOLED 60Hz. Resolusi yang dimiliki panel itu ialah 720 x 748 dengan kepadatan piksel pada paras 306 PPI.

Dilaporkan bahawa skrin luar telefon ini 0.1” lebih besar berbanding yang sebelumnya. Dalam keadaan terbuka, paparan utamanya adalah panel Dynamic AMOLED 2X sebesar 6.7” beresolusi 2640 x 1080 (22:) dengan kadar segar semula boleh laras antara 1 hingga 120Hz.

Bahagian kamera menerima naik taraf saujana. Kamera utama 12MP di Z Flip 5 tahun sudah kini digantikan dengan kamera 50MP yang lebih berkaliber. Kamera utama itu duduk disisi sebuah kamera ultralebar 12MP.

Kehadiran kamera beresolusi tinggi ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Samsung apabila menyertakan ciri FlexCam iaitu ciri pengezuman digital automatik yang memastikan subjek sentiasa berada di dalam bingkai. Apabila berpuas hati, gambar boleh diambil dengan isyarat tapak tangan.

Lagi tentang kamera, komponen kamera di luar kini mempunyai bingkai berwarna yang sama dengan panel belakang telefon untuk pertingkatkan nilai estetika telefon ini berbanding sebelumnya. Di bahagian dalam, kamera selfi 10MP dikekalkan.

Atas papan utama, Samsung Galaxy Z Flip 6 diperkasa SoC Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan ini adalah SoC terbaik yang ada dalam industri setakat ini untuk sebuah telefon Android. Ia adalah cip sama yang menguasakan Galaxy S24 Ultra.

Sistem kawal selia haba pada telefon ini turut terima naik taraf. Katanya, komponen pengalir haba vapor chamber ada 1.6x lebih banyak luas permukaan untuk menyerakkan haba yang dihasilkan komponen-komponen elektrik.

Kemudian, untuk edisi 2024, Samsung telah naikkan kapasiti RAM terendah daripada 8GB kepada 12GB. Maka dengan sebab itu, dua pilihan kombinasi RAM dan storan yang anda ada ialah 12GB + 256GB ataupun 12GB + 512GB.

Sejurus keluar kotak, Samsung Galaxy Z Flip 6 menjalankan sistem operasi OneUI 6.1 berasaskan Android 14. Samsung memasukkan pelbagai ciri AI baharu bagi memanfaatkan skrin boleh lipat pada telefon ini.

Bateri pada Samsung Galaxy Z Flip 6 juga telah diperbesar daripada sebelumnya. Jadi, anda boleh jangkakan hayat guna yang lebih panjang berbanding generasi sebelumnya. Ia kini dilengkapi tangki bateri sebesar 4,000mAh berbanding 3,700mAh sebelum ini. Malangnya, sistem pengecasan tidak pula diusik dan kekal pada 25W.

Bacaan berkaitan

Galaxy Watch 7 & Watch Ultra: Jam kecergasan AI tahan lasak & memahami badan manusia

Samsung Galaxy Buds 3 & Buds 3 Pro: Dikuasakan Galaxy AI dan prestasi bateri lebih baik

Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Apa yang sama dan apa yang berubah?

Galaxy Z Flip 6 & Z Fold 6: Ini enam ciri Galaxy AI baharu yang perlu anda cuba

Galaxy Buds 3 dan Buds 3 Pro: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia

Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Ini harga dan maklumat penjualannya di Malaysia

Galaxy Watch 7 & Watch Ultra: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia

Tags: androidgalaxy z flip 6Galaxy Z Fold 6samsungsamsung galaxytelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Ini harga dan maklumat penjualannya di Malaysia

Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Ini harga dan maklumat penjualannya di Malaysia

10 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER