• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 12 F, miliki banyak fungsi AI dan badan tahan lasak di telefon Reno termurah

  • OLEH Najib
  • 11:46 am
  • 12/07/2024
  • Komen
Oppo Reno 12 F, miliki banyak fungsi AI dan badan tahan lasak di telefon Reno termurah
Share on FacebookShare on Twitter

Baru semalam Oppo mengumumkan kedatangan Oppo A3 Pro, hari ini Oppo Malaysia melancarkan pula ahli terbaru siri Reno, Oppo Reno 12 F. Telefon ini membawakan banyak kuasa AI yang akan membantu pengguna.

Walaupun dalam keluarga yang sama, Reno 12 F ini memiliki rekaan yang jauh berbeza dengan abangnya, Reno 12 dan Reno 12 Pro. Tetapi ia lebih mampu dimiliki ramai dengan tanda harga yang jauh lebih rendah.



Harga dan Ketersediaan

Telefon Oppo Reno 12 F dijual di Malaysia mulai hari ini, 12 Julai 2024. Ia datang dalam dua varian dengan harga rasminya seperti berikut:

  • Oppo 12 F (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,399
  • Oppo 12 F (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,799

Kepada yang berminat, boleh mendapatkan Oppo Reno 12 F di semua saluran jualan termasuk kejai jenama Oppo, pengedar sah Oppo, syarikat telekomunikasi (telco), Stor Online Oppo serta atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok.



Spesifikasi Oppo Reno 12 F

Telefon Oppo Reno 12 F boleh dikategorikan dalam kelas pertengahan. Ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300 6nm, bersama RAM LPDDR4X 12GB dan storan dalaman UFS 2.2 sehingga 512GB. Terdapat juga slot kad mikroSD untuk meluaskan storan.

Skrinnya rata jenis OLED seluas 6.67-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahannya pula boleh pergi setinggi 2,100nits. Oppo menambah, Reno 12 F memiliki perlindungan badan menyeluruh dan sangat tahan lasak, dengan bingkai aloi diperteguh serta kaca diperkukuh.

Untuk kamera, ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP di belakang. Di hadapan pula, ia dipasang dengan kamera 32MP yang terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 45W menerusi USB-C. Ujian Oppo menunjukkan, bateri ini memiliki ketahanan melebihi 4-tahun, terbaik dalam siri Reno.

Sistem bunyi stereo terdapat di Reno 12 F, dengan kelantangan 3x lebih kuat daripada biasa. Sistem operasi ColorOS 14 berasaskan Android 14 digunakan pada telefon ini. Lain-lain ciri di telefon ini adalah sokongan WiFi 5, Bluetooth 5.3, NFC dan kalis percikan air IP64.

Antara fungsi AI yang ada pada Reno 12 F adalah seperti AI Eraser 2.0, AI Smart Image Matting 2.0, AI Studio, AI LinkBoost, AI Summary, AI Writer dan AI Speak.

Satu lagi keunikan pada Reno 12 F adalah Halo Light. Ia adalah cincin lampu di modul kamera belakang, boleh berkelip-kelip dengan pelbagai warna sebagai notifikasi untuk panggilan, mesej, mengecas atau apa jua.

Oppo menyediakan dua pilihan warna untuk Reno 12 F, antara oren dan hijau. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo Reno 12 F.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo A3 Pro, telefon pintar tahan lasak ekstrem IP54 dan mampu milik
  • Oppo Reno 12 Malaysia: Dikuasakan Dimensity 7300 Energy dan GenAI, harga bermula RM2,199
  • Siri Oppo Reno 12 diperkenal di China, dikuasakan Dimensity 9200+ dan kamera selfie 50MP autofokus
Tags: oppoOppo Reno 12Oppo Reno 12 F
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Oppo Reno 12 F, miliki banyak fungsi AI dan badan tahan lasak di telefon Reno termurah

Oppo Reno 12 F, miliki banyak fungsi AI dan badan tahan lasak di telefon Reno termurah

12 July 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN