• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

[TIPS] Cara Airdrop gambar dari telefon Android ke komputer Windows

  • OLEH Najib
  • 10:30 am
  • 18/07/2024
  • Komen
[TIPS] Cara Airdrop gambar dari telefon Android ke komputer Windows
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk pengguna produk Apple seperti iPhone, fungsi Airdrop merupakan salah satu perkara yang sangat memudahkan untuk pindah fail. Selalunya Airdrop digunakan untuk pindah gambar atau video dari satu iPhone ke iPhone yang lain, atau ke laptop Macbook untuk disunting.

Tetapi tahukah anda, telefon Android juga ada fungsi yang serupa. Bukan sahaja memindah fail sesama peranti Android, tetapi juga ke komputer Windows dengan sangat pantas. Ia dinamakan Quick Share.



Jika anda masih tidak tahu caranya, di sini kami nak jelaskan langkah mudah menghantar gambar/video dari telefon Android ke laptop Windows.

Perkara perlu disediakan

Sebelum mula menggunakan Quick Share, perlu pastikan semua peranti menyokong fungsi Quick Share. Untuk peranti Android, ia telah terbina di dalam sistem operasi Android 6.0 dan ke atas.



Quick Share di telefon Android

Bagi komputer Windows, pengguna perlu memasang aplikasi Quick Share dahulu. Ia boleh dimuat turun di Microsoft Store. Tetapi Quick Share buat masa ini, hanya menyokong komputer Windows 10 64-bit ke atas sahaja. Selain itu, peranti dengan CPU ARM juga tidak disokong, contohnya Snapdragon X Plus dan Snapdragon X Elite.

Selepas memasang aplikasi Quick Share di Windows, anda boleh menggunakannya bila-bila masa. Tetapi ia hanya boleh digunakan apabila kedua-dua peranti penghantar dan penerima menghidupkan Bluetooth dan bersambung ke WiFi.

Anda juga boleh mendaftar masuk akaun Google di dalam aplikasi Quick Share, untuk memudahkan penghantaran kepada kenalan atau peranti sendiri dengan akaun yang sama.

Cara menghantar fail dari telefon ke komputer

Mula-mula, lancarkan aplikasi Quick Share di komputer Windows dan pilih ‘Receive from everyone‘.

Pilih ‘Receive from everyone’ dalam Quick Share di Windows

Untuk menghantar gambar atau video dari telefon Android, hanya perlu pilih dan kongsi dengan membuka aplikasi galeri gambar atau foto kegemaran anda, pilih gambar atau video yang ingin dihantar dan tekan Share. Sama juga untuk menghantar fail lain, seperti PDF atau MP3.

Di bawah, pilih Quick Share dalam senarai dan aplikasi Quick Share akan dilancar. Anda akan dapat melihat peranti berdekatan yang boleh dikongsi. Jika tidak kelihatan, semak semula komputer dan tetapkan Quick Share untuk ‘Receive from everyone‘. Tekan pada peranti yang ingin dikongsikan.

Kemudian lihat semula di komputer, akan ada notis peranti berdekatan mahu berkongsi gambar. Ia juga menunjukkan nombor pin, pastikan nombor pin ini sama dengan telefon pintar untuk mengesahkan penghantar dari peranti yang betul. Tekan Accept untuk menerima.

Pastikan nombor pin sama di telefon dan komputer

Jika penghantar dan penerima berada dalam WiFi yang sama, penghantaran menjadi sangat pantas sekelip mata. Tetapi jika WiFi berbeza, ia akan mengambil masa lebih lama. Apabila selesai penghantaran, fail yang dihantar boleh didapati di dalam folder ‘Download’ di komputer.

menghantar fail sangat pantas dengan Quick Share

Mudah sahaja kan. Selamat mencuba.

Bacaan Berkaitan

  • TIPS: Untuk keselamatan anda, jangan jawab soalan sebegini di media sosial
  • TIPS: 5 cara Google Gemini dapat bantu pelajar dengan AI
  • TIPS: TikTok Family Pairing, kawal tontonan anak remaja anda
Tags: androidquick sharetipswindows
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
[TIPS] Cara Airdrop gambar dari telefon Android ke komputer Windows

[TIPS] Cara Airdrop gambar dari telefon Android ke komputer Windows

18 July 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER