• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi MIX Fold 4 dilancar lebih kukuh dengan badan karbon, kalis air dan kamera Leica

  • OLEH Najib
  • 9:46 pm
  • 19/07/2024
  • Komen
Xiaomi MIX Fold 4 dilancar lebih kukuh dengan badan karbon, kalis air dan kamera Leica
Share on FacebookShare on Twitter

Bertempat di China, Xiaomi hari ini melancarkan telefon pintar lipat terbaru mereka, Xiaomi MIX Fold 4. Ia diperkenal bersama telefon pintar Xiaomi MIX Flip, model pertama untuk telefon pintar lipat kecil jenis ‘flip’.

Telefon lipat ini memiliki badan yang sangat nipis, serta kamera yang dihasilkan dengan kerjasama pakar kamera, Leica. Ia juga memiliki prestasi tinggi, menggunakan cip terbaik Qualcomm.



Lei Jun bersama Xiaomi MIX Fold 4

Badan lebih kukuh, lipatan lebih teguh

Bagi memastikan badan yang lebih kukuh, Xiaomi menggunakan karbon sebagai bahan. Dengan kekuatan regangan sehingga 5,500MPa, ia menjadikannya lebih tahan lasak bukan sahaja jika terjatuh, tetapi juga jika ada beban berat terjatuh padanya.

Engsel lipatan juga dipertingkat dengan teknologi Xiaomi Hinge 2.0. Menggunakan besi ultra teguh 1,800MPa, membolehkan beratnya dikurangkan 16% dan kepadatan berkurang 34%. Ia juga lulus ujian lipatan sebanyak 500,000 kali. Lebih baik lagi, Xiaomi berjaya menjadikan MIX Fold 4 sebagai telefon kalis air IPx8.



Paparan lipat sangat cerah

Di luar, Xiaomi MIX Fold 4 dilengkapi skrin AMOLED 6.56-inci 120Hz. Ia ada kecerahan biasa setinggi 1,700nits dan kecerahan puncak 3,000nits.

Di dalam pula, apabila dibuka lipatannya memaparkan skrin kaca ultra nipis (UTG) AMOLED seluas 7.98-inci. Skrin ini juga memiliki kadar penyegaran 120Hz, kecerahan biasa 1,700nits dan kecerahan puncak 3,000nits.

Kamera Leica Summilux

Xiaomi mengekalkan kerjasama dengan pakar kamera Leica, dalam penghasilan MIX Fold 4. Di modul utama, ia memiliki kamera utama Leica 50MP F1.7, kamera ultralebar Leica 12MP F2.2, kamera telefoto Leica 50MP F2.0 dan kamera periskop 50MP berupaya zum optikal 5x.

Pengalaman eksklusif Leica turut boleh didapati dengan kamera MIX Fold 4. Antaranya gaya bergambar Leica, penapis Leica dan juga tera air Leica.

Prestasi tertinggi telefon lipat

Semua kehebatan telefon ini diperkukuh dengan prestasi tinggi yang dipacu oleh cip Snapdragon 8 Gen 3. Ia dipadankan dengan RAM terpantas LPDDR5x sehingga 16GB, serta storan dalaman yang sangat laju, jenis UFS 4.0 sehingga 1TB.

Xiaomi juga berjaya memuatkan bateri berkapasiti 5,100mAh di dalamnya menggunakan teknologi sel berlapis. Ia boleh mengecas pantas 67W berwayar dan 50W tanpa wayar. Empat cip Xiaomi Surge ditempatkan untuk mengawal arus mengecas di samping memanjangkan hayat bateri.

Sistem operasi Xiaomi HyperOS berasaskan Android 14 digunakan pada MIX Fold 4. Ia datang dalam tiga pilihan warna, iaitu Hitam, Putih dan Biru. Di China, MIX Fold 4 dijual pada harga dan varian berikut:

  • MIX Fold 4 (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY8,999 (~RM5,798)
  • MIX Fold 4 (RAM 16GB + Storan 512GB) – CNY9,999 (~RM6,443)
  • MIX Fold 4 (RAM 16GB + Storan 1TB) – CNY10,999 (~RM7,087)

Setakat ini, belum diketahui sama ada MIX Fold 4 akan dijual di Malaysia. Model sebelum ini, MIX Fold 3 tidak datang ke pasaran tempatan.

@soyacincautiktok

Apa yang buatkan Xiaomi MIX Fold 4 ni lebih menarik? . #soyacincautiktok #xiaomi #mixfold4 #xiaomifold #malaysiatiktok

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi OpenWear Stereo, fon putik terbuka dengan anti-kebocoran bunyi
  • Redmi Pad Pro tablet berkuasa tinggi, sokong pen stylus dan papan kekunci untuk kerja dan produktiviti
  • Redmi Note 13 Pro 5G diperkenal dalam warna Olive Green baru, diskaun RM100 lebih murah
Tags: xiaomiXiaomi MIX Fold 4
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi MIX Fold 4 dilancar lebih kukuh dengan badan karbon, kalis air dan kamera Leica

Xiaomi MIX Fold 4 dilancar lebih kukuh dengan badan karbon, kalis air dan kamera Leica

19 July 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER