• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Pura 70 kini lebih murah, potongan harga hingga RM900

  • OLEH Najib
  • 1:09 pm
  • 23/07/2024
  • Komen
Storan 1TB tiba di Huawei Pura 70, tebus peranti lama untuk rebat RM500
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Huawei Pura 70 baru dilancar di Malaysia pada bulan Mei lepas. Kini Huawei Malaysia memberi potongan harga untuk telefon pintar terbaik mereka. Diskaun sehingga RM900 boleh dinikmati pembeli di Malaysia untuk memiliki siri Pura 70.

Terdapat tiga model di bawah siri ini iaitu Pura 70, Pura 70 Pro dan Pura 70 Ultra. Kesemuanya dilengkapi sistem kamera yang hebat, tetapi kamera ini ditambah kehebatan pada model Pro dan Ultra.



Harga terkini siri Pura 70

Berkuatkuasa serta merta, harga baru siri Pura 70 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Huawei Pura 70 (RAM 12GB + storan 256GB) – RM3,699 RM2,999
  • Huawei Pura 70 Pro (RAM 12GB + storan 512GB) – RM4,899 RM3,999
  • Huawei Pura 70 Ultra (RAM 16GB + storan 512GB) – RM6,599 RM5,999
  • Huawei Pura 70 Ultra (RAM 16GB + storan 1TB) – RM7,199 RM6,599

Bagi Pura 70, ia kini lebih murah sebanyak RM700. Pura 70 Pro paling banyak diturunkan harga iaitu RM900. Pura 70 Ultra pula turun sebanyak RM600. Telefon pintar Huawei siri Pura 70 boleh didapati di Stor Online Huawei Malaysia, Lazada dan Shopee, serta di semua pengedar sah Huawei.



Sertai XMAGE Awards 2024

Huawei Malaysia turut mengajak orang ramai untuk menyertai pertandingan XMAGE Awards 2024 yang akan tutup pada 31 Julai 2024. Gunakan kehandalan anda mengambil gambar dengan telefon pintar Huawei siri Pura 70, untuk memenangi hadiah sehingga USD100,000. Maklumat lanjut boleh dirujuk di sini.

Spesifikasi siri Pura 70

Siri Huawei Pura 70 tampil dengan rekaan sangat tahan lasak dan kalis calar. Antaranya penggunaan kaca “Kunlun Super Durable” untuk Pura 70 dan Pura 70 Pro. Manakala di Pura 70 Ultra, ia dilengkapi kaca “Kunlun Crystal Armor”.

Huawei Pura 70 Ultra diperkasa cip Kirin 9010, bersama skrin OLED 6.8-inci QHD+ 120Hz, bateri 5,200mAh dengan pengecasan Huawei SuperCharge 100W dan wayarles 80W. Ia memiliki kamera utama 50MP dengan apertur boleh ubah F1.6 ke F4.0, kamera ultralebar 40MP, kamera telefoto 50MP dan kamera hadapan 13MP.

Huawei Pura 70 Ultra

Huawei Pura 70 Pro juga menggunakan cip Kirin 9010 dan skrin OLED 6.8-inci QHD+ 120Hz. Tetapi baterinya hanya 5,020mAH, menyokong pengecasan Huawei SuperCharge 100W dan wayarles 80W. Untuk kamera pula, ia datang dengan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12.5MP, kamera telefoto 48MP dan kamera hadapan 13MP.

Huawei Pura 70 paling asas, dikuasakan cip Kirin 9000S1 serta datang dengan skrin OLED 6.6-inci FHD+ 120Hz. Bateri pula 4,900mAh dan menyokong pengecasan Huawei SuperCharge 66W serta wayarles 50W. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultralebar 13MP dan kamera telefoto 12MP. Kamera hadapannya 13MP.

Dari kiri: Huawei Pura 70, Huawei Pura 70 Pro, Huawei Pura 70 Ultra

Kesemua siri Huawei Pura 70 menjalankan sistem operasi EMUI 14.2 tanpa perkhidmatan Google. Ia juga tidak menyokong rangkaian 5G. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Pura 70, Pura 70 Pro dan Pura 70 Ultra.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Huawei Pura 70 di Malaysia, hadiah sehingga RM2,376 menanti penempah awal
  • Storan 1TB tiba di Huawei Pura 70, tebus peranti lama untuk rebat RM500
  • Huawei Nova 12i tiba, ahli termurah dengan kamera 108MP, skrin LCD dan pengecas 40W
Tags: Huaweihuawei pura 70huawei pura 70 prohuawei pura 70 ultra
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Storan 1TB tiba di Huawei Pura 70, tebus peranti lama untuk rebat RM500

Siri Huawei Pura 70 kini lebih murah, potongan harga hingga RM900

23 July 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER