• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RHB kini sokong Google Pay, ini cara menambah kad dan membayar

  • OLEH Najib
  • 6:33 pm
  • 25/07/2024
  • Komen
RHB kini sokong Google Pay, ini cara menambah kad dan membayar
Share on FacebookShare on Twitter

RHB Bank baru-baru ini mengumumkan sokongan mereka terhadap pembayaran tanpa tunai, Google Pay di telefon pintar. Dengan ini, pengguna RHB boleh menambah kad RHB mereka ke dalam Google Wallet, seterusnya menggunakan telefon pintar Android mereka untuk membuat pembayaran melalui Google Pay.

Dengan sokongan Google Pay, RHB telah melengkapkan semua sokongan pembayaran telefon pintar. Sebelum ini, RHB telah sedia menyokong Samsung Pay dan Apple Pay.



Kad yang serasi digunakan dengan Google Pay

Bagaimanapun, hanya kad RHB jenis Visa sahaja yang boleh digunakan dengan Google Pay. Tiada kad Mastercard boleh digunakan buat masa ini.

Berikut adalah senarai kad RHB yang boleh digunakan bersama Google Pay



Kad Kredit/-i

  1. RHB Premier Visa Infinite Credit Card/-i
  2. RHB Premier Visa Signature Credit Card
  3. RHB Visa Infinite Credit Card
  4. RHB Visa Signature Credit Card
  5. RHB Shell Visa Credit Card/-i
  6. RHB Visa Rewards Motion Code Credit Card/-i
  7. RHB Visa Rewards Credit Card/-i
  8. RHB Visa Cash Back Credit Card/-i

Kad Debit/-i

  1. RHB Premier Visa Infinite Debit Card
  2. RHB Premier Multi Currency Visa Debit Card/-i
  3. RHB Platinum Debit Card-i
  4. RHB Multi Currency Visa Debit Card/-i
  5. RHB Visa Debit Card/-i
  6. RHB Visa Debit Chibi Superman/-i
  7. RHB Visa Debit Chibi Batman/-i
  8. RHB Visa WWF Debit Card-i
  9. RHB Easy Smart Debit Card
  10. RHB Easy Debit Card-i
  11. RHB MySiswa Debit Card-i

Cara tambah kad dan bayar dengan Google Pay

Untuk menambah kad ke dalam Google Pay sangat mudah, terutama sekali jika anda pernah melakukannya untuk bank lain. Cara paling senang:

  1. Buka aplikasi Google Wallet dan tekan butang ‘+ Add to Wallet’
  2. Imbas atau isi maklumat kad RHB dan ikuti arahan seterusnya
  3. Kad anda selesai dimasukkan ke dalam Wallet dan boleh digunakan

Untuk menggunakannya sebagai pembayaran juga sangat mudah. Jika ini kali pertama anda membayar dengan Google Pay, boleh ikut cara ini:

  1. Buka kunci skrin telefon dan rapatkan telefon ke pengimbas kad
  2. Pembayaran disahkan dan transaksi selesai
@soyacincautiktok

Replying to @Mok Mimo Cara bayar Google Pay Guna Kad Maybank! #googlepay #maybank #nfc #carabayar #soyacincautiktok #replytocomments #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Selamat mencuba.

[Sumber: RHB]

Bacaan Berkaitan

  • 5 Terbaik: Jam pintar ada NFC boleh bayar guna Apple Pay, Samsung Pay & Google Pay
  • Google Wallet perlukan Android 9 untuk berfungsi, tiba masanya untuk anda tukar telefon
  • Cara membayar dengan Google Pay di Malaysia
Tags: google payGoogle Walletrhb
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
RHB kini sokong Google Pay, ini cara menambah kad dan membayar

RHB kini sokong Google Pay, ini cara menambah kad dan membayar

25 July 2024
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER