• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Edge 1050 Malaysia: Harga lebih murah, skrin lebih baik tapi ada satu ciri tak berguna

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:03 am
  • 07/08/2024
  • Komen
Garmin Edge 1050 Malaysia: Harga lebih murah, skrin lebih baik tapi ada satu ciri tak berguna
Share on FacebookShare on Twitter

Penggemar sukan basikal di Malaysia ada satu lagi mainan baharu untuk dicuba sewaktu sesi kayuhan mereka. Garmin Malaysia telah mengumumkan gajet penjejak kayuhan, Garmin Edge 1050, model flagship dalam siri Edge. Ia hadir membawakan beberapa perubahan menarik untuk menggantikan Garmin Edge 1040 yang diumumkan dalam tahun 2022 yang lalu.

Daripada segi fizikaliti, perubahan paling ketara adalah pada panel paparannya. Walaupun ukuran tidak berubah pada 3.5”, Edge 1050 ada skrin bersisi melengkung dan panel paparannya kini ada resolusi yang lebih tinggi (480 x 800). Dikatakan yang panel paparannya ini juga adalah yang tercerah setakat ini dalam penawaran gajet penjejak kayuhan Garmin.



Selain paparan, lain-lain komponen yang telah ditambah baik adalah seperti butang fizikalnya kini diperbuat daripada besi untuk berikan lebih kelasakan dan penyangkut tiga suku di bahagian belakangnya boleh ditukar ganti.

Malangnya, berdasarkan helaian spesifikasi, hayat bateri Edge 1050 lebih pendek berbanding Edge 1040 (35 jam vs. 20 jam) dan untuk model kali ini, varian Solar tidak ditawarkan.



Kalau Edge 1040 adalah model pertama yang menyokong ciri multifrekuensi satelit penjejak, Edge 1050 pula adalah model pertama yang dilengkapi speaker. Jadi, pengguna boleh mendengar arahan suara “coach” maya ataupun arahan suara untuk navigasi berpandu.

Mungkin ciri ini tidak berguna untuk pengguna di Malaysia, tapi Edge 1050 kali ini dilengkapi Garmin Pay bermakna pembayaran tanpa sentuh boleh dijalankan di lokasi yang menyokongnya.

Ciri GroupRide juga telah ditambah baik apabila pengguna boleh bermesej dengan pengguna Edge 1050 lain sewaktu menunggang disamping mengetahui lokasi tepat sehingga 25 penunggang disekitar mereka. Amaran tentang bahaya di hadapan yang dilapor pengguna lain juga akan diberikan sekiranya ada. Ciri yang sama juga akan tiba untuk pengguna Edge 540, 840, dan 1040 dalam masa terdekat melalui kemas kini.

Harga Garmin Edge 1050 di Malaysia

Garmin Edge 1050 di Malaysia ditawarkan pada harga RM3,690. Ia lebih murah berbanding harga pelancaran Edge 1040 tempoh hari. Anda boleh dapatkannya Garmin e-store, Shopee, Lazada, AECO e-store, Garmin Brand Stores dan semua pengedar sah berhampiran anda.

Anda boleh layari laman rasmi Garmin Edge 1050 untuk maklumat lanjut.

Tags: garmingarmin edgegarmin edge 1050
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Garmin Edge 1050 Malaysia: Harga lebih murah, skrin lebih baik tapi ada satu ciri tak berguna

Garmin Edge 1050 Malaysia: Harga lebih murah, skrin lebih baik tapi ada satu ciri tak berguna

7 August 2024
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN