• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EV Proton e.MAS 7 dilihat terokai jalan Kuala Lumpur

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:12 am
  • 08/08/2024
  • Komen
EV Proton e.MAS 7 dilihat terokai jalan Kuala Lumpur
Share on FacebookShare on Twitter

Pengumuman model EV pertama Proton dibuat awa Ogos 2024 dan minggu seterusnya, kami ternampak kelibat sebuah e.MAS 7 (eMAS 7) menelusuri kota Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, seperti biasa, ia masih berbalut pelekat “camo” yang tebal memenuhi badannya.

Proton eMAS 7 di Kuala Lumpur

Secara kasarnya, kita sudahpun mengetahui rupa paras eMAS 7 kerana ia adalah versi right hand drive (RHD) kepada Geely Galaxy E5, sebuah EV yang dilancarkan secara rasmi di China pada 3 Ogos 2024 yang lalu.



Daripada tangkapan gambar eMAS 7 yang kami nampak di Kuala Lumpur ini, kelihatan ia mengguna pakai roda bersaiz 19”. Untuk rujukan, varian tertinggi Galaxy E5 di China dipasang dengan roda bersaiz 19”. Unit eMAS7 yang dipamerkan sewaktu sesi previu yang lalu mengguna pakai tayar bersaiz 18″.

eMAS 7 Kuala Lumpur (kiri) vs. Galaxy E5 Startship Edition (kanan)
eMAS 7 previu (kiri) vs. Galaxy E5 Explore+ Edition (kanan)

Proton eMAS 7 bukan rebadge Geely Galaxy E5

Sewaktu majlis previu eksklusif eMAS 7, Proton memberitahu yang mereka turut terlibat dengan pembangunan eMAS 7. Dalam erti kata lain, difahamkan yang versi RHD dan LHD kenderaan ini telah dibangunkan secara serentak dengan pembabitan 230 jurutera Proton yang dihantar ke China dalam tahun 2022.



Proton eMas 7 (atas) dan Geely Galaxy E5 (bawah)

Namun, tidak banyak maklumat spesifikasi yang dikongsikan Proton sewaktu majlis tersebut. Yang kita tahu adalah eMAS 7 adalah sebuah SUV elektrik yang diletakkan di dalam segmen C dengan ukuran panjang 4,615mm, 1,901mm lebar, dan jarak ganar 1,670mm iaitu ukuran sama dengan Galaxy E5. Dimaklumkan juga yang ini adalah model pertama dibangun berasaskan Global Modular Achitecture (GMA) Proton-Geely.

Proton eMas 7 (atas) dan Geely Galaxy E5 (bawah)

eMAS 7 juga dimaklumkan dilengkapi sistem motor elektrik 12-dalam-1 yang mempunyai kepadatan tenaga 1.94kW/kg dalam pakej 82.5kg. Ia bermakna, output kuasa motor elektrik eMAS 7 adalah pada paras 160kW (~214hp). Membekalkan tenaga kepada motor elektrik itu adalah bateri berteknologi Aegis Short Blade (LFP) dan ia dilekatkan pad abadan menggunakan seni bina “cell-to-body”.

Tarikh khusus pelancaran Proton eMAS 7 masih belum kita ketahui namun yang kita tahu ia akan dilancarkan dalam tahun 2024.

Bacaan lanjut

Proton eMAS 7: Kenapa EV marhaen ini bukan sekadar rebadge Geely Galaxy E5

Proton X70 (2025): Ini 6 perkara yang perlu anda tahu

Proton e.MAS: Ini 5 perkara yang perlu anda tahu

Tags: automotifEVprotonproton emas 7
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
EV Proton e.MAS 7 dilihat terokai jalan Kuala Lumpur

EV Proton e.MAS 7 dilihat terokai jalan Kuala Lumpur

8 August 2024
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN