• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Smart Band 9, gelang kecergasan murah paling popular akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:43 pm
  • 12/08/2024
  • Komen
Xiaomi Smart Band 9, gelang kecergasan murah paling popular akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu penjejak kecergasan berbentuk gelang paling popular di dunia adalah, Xiaomi Smart Band dan tidak lama lagi, model terbarunya akan dijual di Malaysia. Dalam status terbaru Xiaomi Malaysia, ia menyatakan Xiaomi Smart Band 9 akan dijual mulai 15 Ogos 2024.

Tidak dinyatakan bahawa ia akan ada majlis pelancaran khusus, tetapi semakan di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee menunjukkan, Xiaomi Smart Band 9 telah disenarai di sana tanpa harga. Terdapat empat warna akan boleh dibeli iaitu warna perak, hitam, merah jambu dan biru. Kesemuanya dengan tali silikon.



Harga Xiaomi Smart Band 9

Xiaomi Malaysia masih belum mengumumkan harga rasmi untuk Xiaomi Smart Band 9. Tetapi kelihatan sudah ada pengedar telah mula mengambil tempahan awal dan memaparkan harga rasminya.

Di laman DirectD, Xiaomi Smart Band 9 disenaraikan pada harga RM199, sama seperti harga pelancaran Xiaomi Smart Band 8 tahun lepas. Lebih menarik, pembeli yang membuat tempahan awal di DirectD selewatnya pada 14 Ogos 2024, boleh mendapatkannya pada harga diskaun RM159 sahaja. Terdapat dua warna ditawarkan, antara biru dan merah jambu.



Spesifikasi Xiaomi Smart Band 9

Dari segi rupa, tidak banyak perbezaan model terbaru ini dengan Smart Band 8. Ia masih menggunakan skrin AMOLED bujur 1.62-inci, tetapi lebih cerah sehingga 1,200 nits. Resolusi masih kekal dengan 192 x490, memberikan kepadatan piksel 326 ppi.

Menurut Xiaomi, sensor penjejak dalam Smart Band 9 telah dipertingkat. Dikatakan sehingga 16% lebih tepat berbanding Smart Band 8. Ia menyokong penjejakan lebih 150 mod kecergasan, termasuk larian dengan panduan. Jam ini juga akan mencadangkan waktu tidur yang sesuai untuk pemulihan lepas aktiviti kecergasan.

Satu lagi peningkatan adalah hayat bateri, kini boleh digunakan sehingga 21 hari dalam satu caj penuh. Jika AOD dihidupkan, ia boleh bertahan sehingga 9 hari. Mengecas dibuat secara magnetik di belakang, boleh mencapai dari 0-100% dalam masa 1 jam.

Sama seperti sebelumnya, Smart Band 9 kalis air 5ATM. Ini membolehkan ia digunakan untuk berenang dan menyelam dalam air sehingga 50 meter. Ia juga serasi digunakan bersama peranti Android 8 dan ke atas, atau iOS 12 dan ke atas.

Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk laman produk Xiaomi Smart Band 9 di Xiaomi China dahulu.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi Smart Band 8, skrin lebih cerah dan boleh lekat di kasut
  • Xiaomi Smart Band 8 Active akan datang, tempahan awal hanya RM89
  • Xiaomi Smart Band 8 Pro kini tersedia di Malaysia, ada GPS pada harga RM339
Tags: xiaomiXiaomi Smart Band 9
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi Smart Band 9, gelang kecergasan murah paling popular akan tiba di Malaysia

Xiaomi Smart Band 9, gelang kecergasan murah paling popular akan tiba di Malaysia

12 August 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN