• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EX30 Malaysia: Pendaftaran minat dibuka untuk EV terlaju Volvo

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:25 am
  • 13/08/2024
  • Komen
EX30 Malaysia: Pendaftaran minat dibuka untuk EV terlaju Volvo
Share on FacebookShare on Twitter

Volvo Car Malaysia (VCM) nampaknya sedang bersiap sedia untuk melancarkan Volvo EX30. Ia adalah sebuah SUV kompak elektrik terkecil dan terpantas pernah dikeluarkan jenama itu. Pendaftaran minat untuk memilikinya sudahpun dibuka kepada yang sedang mencari sebuah SUV elektrik bersaiz mini kegunaan seharian.

Volvo EX30 mula berlegar di jalan raya Malaysia

Pendaftaran minat boleh dilakukan di laman web khas yang dibuka oleh VCM. Video-video teaser pun dah mula dimainkan di saluran-saluran rasmi jenama kenderaan itu.



Lebih menarik, sudah terdapat beberapa penampakkan Volvo EX30 disekitar kilang Volvo Shah Alam dan ibu pejabat mereka di Petaling Jaya. Ia menunjukkan pengeluaran domestik sudahpun dimulakan. Buat pengetahuan anda, kilang Volvo di Malaysia adalah kilang pengeluaran kereta paling tua di Malaysia. Ia ditubuhkan dalam tahun 1967.

Spesifikasi Volvo EX30

Pasaran yang paling hampir dengan kita dan sudahpun menawarkan Volvo EX30 adalah Indonesia dan Thailand. Jadi, ia akan jadi rujukan kita.



Seperti yang dikatakan tadi, Volvo EX30 adalah kereta paling pantas pernah dihasilkan Volvo. Malahan, ia dicanang lebih pantas berbanding Porshce 911 Carrera daripada segi pecutan. Varian motor berkembar Volvo EX30 boleh memecut daripada peguna kepada 100km/j dalam masa 3.6 saat melalui putput motor setinggi 315kW (422hp) dan tork setinggi 543Nm.

Varian motor tunggal juga disediakan buat yang tak perlukan kuasa setinggi itu. Varian ekamotor mempunyai output 203kW (272hp) dengan tork setinggi 342Nm. Pecutan abad kenderaan ini mengambil masa 5.3 saat. Kedua-dua varian dihadkan kelajuan maksimum pada paras 180km/j, secara digital.

Daripada segi jarak kembara, varian berpestasi tinggi mencatatkan jarak 450km (WLTP). Varian motor tunggal pula ditawarkan dalam dua kapasiti bateri, varian yang lebih kecil baterinya boleh pergi sejauh 344km sementara yang ada bateri lebih besar 476km.

Apabila perlu dicas, Volvo EX30 menyokong pengecasan sehingga 175kW DC ataupun 22kW AC, bergantung kepada varian.

Harga Volvo EX30

Berikut adalah senarai harga Volvo EX30 dalam pasaran Indonesia dan Thailand mengikut tukaran secara langsung:

  • EX30 Single Motor Standard Range – IDR890 juta (~RM248 ribu)
  • EX30 Single Motor Extended Range – THB1.59 juta (~RM201 ribu)
  • EX30 Twin Motor Performance – bermula THB1.89 juta (~RMRM239 ribu)
Tags: automotifEVvolvovolvo ex30
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

EX30 Malaysia: Pendaftaran minat dibuka untuk EV terlaju Volvo

EX30 Malaysia: Pendaftaran minat dibuka untuk EV terlaju Volvo

13 August 2024
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN