• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Smart Band 9 dilancar, jejak kecergasan dan kesihatan hanya RM159

  • OLEH Najib
  • 3:08 pm
  • 15/08/2024
  • Komen
Xiaomi Smart Band 9 dilancar, jejak kecergasan dan kesihatan hanya RM159
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan penjejak kecergasan generasi terbaru, Xiaomi Smart Band 9. Malaysia boleh dikatakan antara pasaran antarabangsa terawal menerimanya. Tidak banyak pembaharuan berbanding Xiaomi Smart Band 8, tetapi ia dinaik taraf dengan hayat bateri lebih panjang serta sensor pemantau lebih baik.

Harga dan Promosi Xiaomi Smart Band 9

Orang ramai boleh mendapatkan gelang pintar ini mulai hari ini, 15 Ogos 2024. Ia dijual secara rasmi pada harga RM199.



Tetapi ada promosi pengenalan untuk pembeli awal. Dari 15 hingga 24 Ogos 2024, Xiaomi Smart Band 9 boleh dibeli pada harga RM159 sahaja. Diskaun sebanyak RM40. Kepada yang berminat, boleh dapatkan Xiaomi Smart Band 9 dari semua pengedar sah Xiaomi, Xiaomi Store, kedai online Xiaomi Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Di samping itu, Xiaomi juga ada menjual tali jam Xiaomi Smart Band 9 yang lebih menarik. Harganya seperti berikut:



  1. Braided Orange – RM49
  2. Magnetic Brown – RM99
  3. Cuban Chain Silver – RM69
  4. Metal Grey – RM129
  5. Leather White & Orange – RM99
  6. Pendant Silver – RM99
  7. Running Clip – RM39

Spesifikasi Xiaomi Smart Band 9

Dari segi rupa, tidak banyak perbezaan model terbaru ini dengan Smart Band 8. Ia masih menggunakan skrin AMOLED bujur 1.62-inci, tetapi lebih cerah sehingga 1,200 nits. Resolusi masih kekal dengan 192 x490, memberikan kepadatan piksel 326 ppi.

Menurut Xiaomi, sensor penjejak dalam Smart Band 9 telah dipertingkat. Dikatakan sehingga 16% lebih tepat berbanding Smart Band 8. Ia menyokong penjejakan lebih 150 mod kecergasan, termasuk larian dengan panduan. Jam ini juga akan mencadangkan waktu tidur yang sesuai untuk pemulihan lepas aktiviti kecergasan.

Satu lagi peningkatan adalah hayat bateri, kini boleh digunakan sehingga 21 hari dalam satu caj penuh. Jika AOD dihidupkan, ia boleh bertahan sehingga 9 hari. Mengecas dibuat secara magnetik di belakang, boleh mencapai dari 0-100% dalam masa 1 jam.

Sama seperti sebelumnya, Smart Band 9 kalis air 5ATM. Ini membolehkan ia digunakan untuk berenang dan menyelam dalam air sehingga 50 meter. Ia juga serasi digunakan bersama peranti Android 8 dan ke atas, atau iOS 12 dan ke atas.

Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk laman produk Xiaomi Smart Band 9.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi Smart Band 8, skrin lebih cerah dan boleh lekat di kasut
  • Xiaomi Smart Band 8 Active akan datang, tempahan awal hanya RM89
  • Xiaomi Smart Band 8 Pro kini tersedia di Malaysia, ada GPS pada harga RM339
Tags: xiaomiXiaomi Smart Band 9
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Xiaomi Smart Band 9 dilancar, jejak kecergasan dan kesihatan hanya RM159

Xiaomi Smart Band 9 dilancar, jejak kecergasan dan kesihatan hanya RM159

15 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER