• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BNM lancarkan National Fraud Portal untuk tingkatkan kecekapan menangani kes scam

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:34 pm
  • 21/08/2024
  • Komen
BNM lancarkan National Fraud Portal untuk tingkatkan kecekapan menangani kes scam
Share on FacebookShare on Twitter

Bank Negara Malaysia (BNM), bersama Payments Network Malaysia (PayNet) dan institusi kewangan di Malaysia telah melancarkan National Fraud Portal (NFP). Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuhkan lagi sistem Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), yang diperkenal kerajaan pada tahun 2022 untuk menangani kes scam berlarutan di negara ini.

NFP merupakan sebuah platform bersepadu yang dihasilkan untuk mempercekapkan proses pengendalian laporan serta pengesanan dana yang dicuri, melalui sistem NSRC sedia ada. NFP mengautomasikan proses NSRC, membolehkan institusi kewangan menjejak dana yang dicuri merentasi sistem kewangan secara menyeluruh dengan pantas.



Menurut BNM, proses ini sekali gus dapat mengelakkan perpindahan wang scam selanjutnya dan meningkatkan kebarangkalian dana dikembalikan semula kepada mangsa scam.

Apa beza National Fraud Portal BNM dan NSRC?

Secara asasnya, National Fraud Portal platform dalaman yang digunakan industri kewangan untuk meningkatkan keupayaan NSRC, manakala NSRC pula adalah pusat tindak balas yang menerima laporan yang boleh dihubungi di talian 997 untuk orang ramai melaporkan kes scam.



Oleh itu, perlu untuk ditekankan bahawa, NFP bukanlah sebuah portal yang boleh diakses orang awam, sebaliknya hanya untuk kegunaan institusi kewangan dan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesan, mengesahkan dan menjejak aktiviti scam. Dengan NFP, ia turut akan membolehkan perkongsian maklumat dan risikan yang lebih berkesan antara institusi kewangan.

Seiring dengan pengenalan NFP, prosedur baharu mengenai pelaporan dan pengendalian untuk akaun keldai turut diperkenalkan. Ia akan melibatkan penyelarasan klasifikasi akaun keldai berdasarkan bukti kes, dengan setiap kategori akan ada impak berbeza. Prosedur ini akan menyeragamkan pengendalian akaun keldai untuk memastikan mangsa akaun keldai terus mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan asas.

Gabenor Bank Negara Malaysia Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, “Menerusi NFP, operasi NSRC kini dilengkapi dengan keupayaan automasi menyeluruh atau end-to-end bagi menguruskan laporan penipuan, mengesahkan dan menjejak dana yang dicuri, serta membolehkan perkongsian amaran dalam kalangan institusi kewangan agar tindak balas pantas dapat diambil.”

5 cara bank di Malaysia banteras scam

Sebelum NSRC diperkenalkan, BNM telah mengumumkan langkah yang perlu diambil bank-bank di Malaysia untuk mengukuhkan lagi keselamatan sistem perbankan di negara ini. Terdapat lima cara yang diperkenalkan oleh BNM dan berikut adalah cara tersebut:

1. Peralihan pengesahan SMS OTP kepada bentuk pengesahan lain

Institusi kewangan diminta untuk beralih daripada SMS One Time Passwords (OTP) kepada bentuk pengesahan yang lebih selamat untuk transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran, serta perubahan pada maklumat peribadi serta tetapan akaun. 

2. Memperketatkan peraturan dan sekat traksaksi mencurigakan

Institusi kewangan dikehendaki memperketatkan lagi peraturan pengesanan penipuan dan bertindak untuk sekat transaksi yang disyaki terlibat dengan scam. Pelanggan akan segera dimaklumkan apabila aktiviti sedemikian dikesan melibatkan akaun perbankan mereka.

3. Tempoh bertenang untuk pendafataran kali pertama

Tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti. Dalam tempoh ini, sebarang aktiviti perbankan dalam talian tidak akan dibenarkan.

4. Satu peranti untuk satu pengesahan transaksi perbankan

Pelanggan akan dihadkan kepada hanya satu peranti mudah alih untuk lakukan pengesahan transaksi perbankan dalam talian.

5. Menyediakan talian khusus untuk laporkan insiden scam

Institusi kewangan perlu menyediakan talian hotline khusus untuk pelanggan melaporkan insiden penipuan kewangan dan tingkatkan tahap respon terhadap laporan scam.

Sebagai peringatan, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan sekiranya anda merasakan telah menjadi mangsa scam, anda boleh hubungi pihak bank berkaitan atau NSRC di talian 997. Untuk mendapatkan maklumat terkini cara menangani scam, anda boleh layari laman Facebook Amaran Scam atau laman web #JanganKenaScam.

Bacaan berkaitan

  • Jangan kena SCAM dengan pegawai NSRC palsu
  • Portal Fraud Kebangsaan dibangunkan untuk mudahkan orang ramai semak akaun bank scammer
  • Kempen #JanganKenaScam dilancar untuk tingkat kesedaran rakyat tentang penipuan atas talian
Tags: #JanganKenaScambankbank negara malaysiabnmNational Fraud PortalNFPNSRCPayNet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BNM lancarkan National Fraud Portal untuk tingkatkan kecekapan menangani kes scam

BNM lancarkan National Fraud Portal untuk tingkatkan kecekapan menangani kes scam

21 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER