• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Airpods 4: Anda perlu bayar lebih untuk varian ANC

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:57 am
  • 10/09/2024
  • Komen
Apple Airpods 4: Anda perlu bayar lebih untuk varian ANC
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara besar-besaran Apple untuk tahun ini yang dipanggil It’s Glowtime, Apple telah melancarkan generasi Airpods terbaru, iaitu Airpods 4. Generasi ke-4 Airpods ini masih mengekalkan rekaan fon putik terbuka tanpa tip silikon, tetapi kini menggunakan kerangka fon putik baharu seakan model Pro.

Buat pertama kali, ia juga didatangkan dalam dua varian, varian pertama dengan ANC dan varian kedua tanpa ANC.



Spesifikasi Airpods 4

Apple telah memberikan naik taraf daripada segi kualiti audio yang boleh dihasilkan Airpods 4. Ini kerana, ia menggunakan seni bina ‘akustik’ baharu dan juga dilengkapi ciri ‘Personalised Spatial Audio’ dengan fungsi pengesanan kepala berikan untuk pengalaman mendengar yang lebih imersif. Selain itu, Airpods 4 ini juga hadir dengan cip H2 membolehkannya untuk ada ciri ‘Voice Isolation’ yang dapat meningkatkan suara pemanggil sambil kurangkan bunyi persekitaran sewaktu panggilan.

Paling menarik, Airpods 4 ini juga ada fungsi ‘Siri Interactions’ terbaharu dan ia dapat memudahkan pengguna untuk memberi respons pada Siri dengan hanya mengangguk atau gelengkan kepala. Kawalan lebih banyak turut diberikan daripada segi sentuhan, kerana Airpods 4 juga menampilkan sensor baharu pada tangkai fon putik bagi main/henti media atau tamatkan panggilan.



Cip H2 yang digunakan juga membenarkan Airpods 4 dapat menawarkan audio berkependaman rendah dan menyokong audio 16-bit dan 48kHz. Untuk Airpods 4 ANC, selain penyaring hingar aktif, ia juga didatangkan dengan fungsi Adaptive Audio dan mod Transparency, sama seperti Airpods Pro 2.

Berkenaan bekas pengecas pula, Airpods 4 kini ada saiz 10% lebih kecil berbanding model sebelumnya dan kini menyokong pengecasan melalui port USB-C. Jangka hayat Airpods 4 dikatakan boleh bertahan sehingga 30 jam, iaitu sama dengan Airpods 3 terdahulu. Sementara kedua-dua bekas pengecas varian biasa dan ANC menggunakan port USB-C, hanya model ANC sahaja ada sokongan pengecasan wayarles.

Dalam masa sama, bekas pengecas Airpods 4 ANC juga dilengkapi dengan speaker terbina, lantas memudahkan penjejakan bekas menggunakan Find My. Bagaimanapun, kedua-dua varian lengkap dengan pengiktirafan kalis percikan air dan debu untuk bekas dan fon putik.

Harga dan ketersediaan Airpods 4

Sejurus berakhirnya acara Apple Glowtime, Airpods 4 telah disenaraikan di stor dalam talian Apple Malaysia. Walaupun tarikh ketersediaannya belum dinyatakan untuk pasaran malaysia, harga untuk kedua-dua varian Airpods 4 telah pun didedahkan dan ia dijual pada harga berikut:

  • Airpods 4 – RM598
  • Airpods 4 dengan penyaring hingar aktif (ANC) – RM829

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Apple Airpods 4.

Bacaan berkaitan

  • iPhone 16 Pro & Pro Max: Selain cip A18 Pro, ini lain-lain naik taraf yang perlu anda tahu
  • Apple Watch Series 10: Lebih nipis dan kini ada badan titanium
  • iPhone 16 Pro Max Malaysia: Harga jualan lebih murah berbanding iPhone 15 Pro Max
Tags: airpodsAirpods 4ANCapple
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple Airpods 4: Anda perlu bayar lebih untuk varian ANC

Apple Airpods 4: Anda perlu bayar lebih untuk varian ANC

10 September 2024
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN