• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 16 Pro Max Malaysia: Harga jualan lebih murah berbanding iPhone 15 Pro Max

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:25 am
  • 10/09/2024
  • Komen
iPhone 16 Pro Max Malaysia: Harga jualan lebih murah berbanding iPhone 15 Pro Max
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah menyudahkan pembentangan It’s Glowtime mereka. Antara produk yang mereka umumkan adalah siri iPhone 16 terbaharu. Untuk pasaran Malaysia, tempahan awal untuk miliki siri iPhone 16 dibuka 13 September ini.

Buat anda yang berminat untuk memilikinya berikut adalah senarai harganya:



iPhone 16 Pro Max

  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999

iPhone 16 Pro



  • 128GB – RM4,999
  • 256GB – RM5,499
  • 512GB – RM6,499
  • 1TB – RM7,499

iPhone 16 Plus

  • 128GB – RM4,499
  • 256GB – RM4,999
  • 512GB – RM5,999

iPhone 16

  • 128GB – RM3,999
  • 256GB – RM4,499
  • 512GB – RM5,499

Merentasi varian, dilihat harga jualan iPhone 16 lebih murah berbanding iPhone 15. Ini senarai harga iPhone 15 untuk perbandingan:

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB – RM6,499
  • 512GB – RM7,499
  • 1TB – RM8,499

iPhone 15 Pro

  • 128GB – RM5,499
  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999

iPhone 15 Plus

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,399

iPhone 15

  • 128GB – RM4,399
  • 256GB – RM4,899
  • 512GB – RM5,899

Perkara yang menarik tentang iPhone 16 Pro & 16 Pro Max

Untuk iterasi kali ini, Apple memberikan paparan lebih besar pada iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Saiz skrin telah naik daripada 6.1” dan 6.7” kepada 6.3” dan 6.9” lantas menjadikan ini adalah iPhone paling besar setakat ini. Ia juga dikatakan Apple memiliki bingkai paparan paling nipis.

Atas papan utama, iPhone 16 Pro diperkasa cip Apple A18 Pro terbaharu. Cip ini mengandungi 16 teras Neural Engine yang mampu bekerja pada tahap 35 TOPS. Padanya turut terkandung 6 teas GPU yang dikatkaan 20% lebih prestasi berbanding A17 Pro disamping keupayaan Ray Tracing 2 kali ganda lebih pantas.

Di bahagian CPU, sebanyak 6 teras disusun dalam kluster berprestasi tinggi (2 teras) dan kluster jimat tenaga (4 teras). Pada segi prestasi CPU, ia 15% lebih pantas dan 20% lebih cekap tenaga berbanding A17 Pro. Apple malah katakan A18 Pro ini adalah SoC terpantas dalam telefon pintar.

Di bahagian kamera, iPhone 16 Pro ada 3 buah kamera belakang. Kamera utama adalah Fusion Camera 48MP diikuti kamera ultralebar 48MP dan akhir sekali kamera telefoto 12MP dengan 5x zum optikal mengguna pakai teknologi periskop. Rakaman video kali ini boleh pergi sehingga 4K 120fps untuk video slow-mo lebih berkualiti tinggi.

Lain-lain perkara menarik adalah aplikasi Voice Memo telah dinaik taraf apabila andab oleh tambah satu lapisan audio lain di atas suara anda. Berguna untuk ahli muzik yang ingin lapiskan minus-one ke atas vokal. Kemudian, dengan kehadiran satu butang baharu iaitu Camera Control, aksesori MagSafe telah ditambah baik untuk menyokong butang tersebut.

Anda boleh layari laman rasmi iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max untuk maklumat lanjut.

Tags: appleapple iphoneiOSiphone 16iPhone 16 plusiPhone 16 proiPhone 16 pro maxtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPhone 16 Pro Max Malaysia: Harga jualan lebih murah berbanding iPhone 15 Pro Max

iPhone 16 Pro Max Malaysia: Harga jualan lebih murah berbanding iPhone 15 Pro Max

10 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER