• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix XPAD bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:09 pm
  • 13/09/2024
  • Komen
Infinix XPAD bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Keberadaan tablet Infinix pertama, Infinix XPAD sudah pun dikesan sejak bulan lepas. Ia juga telah menerima kelulusan SIRIM dan dijangka bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Kini, Infinix Malaysia telah mendedahkan Infinix XPAD akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 September 2024.

Sebelum ini, Infinix XPAD telah pun didedahkan di dalam laman web Infinix antarabangsa . Ia merupakan tablet berkategori kelas permulaan yang hadir dengan sokongan 4G LTE. Lebih menarik, Infinix turut menyatakan yang XPAD ini turut akan dilengkapi ciri pembantu AI Folax dikuasakan ChatGPT seperti yang terdapat di telefon pintar Infinix.



Memandangkan tablet XPAD ini berada dalam kategori kelas permulaan, dijangka ia akan ditawarkan pada murah, mungkin bawah RM1,000. Setakat ini, masih tiada maklumat berkenaan varian yang akan ditawarkan di Malaysia. Tetapi di pasaran antarabangsa, ia tersedia dalam konfigurasi RAM 4GB/8GB atau storan 128GB/256GB.

Selain itu, berkemungkinan tablet Infinix XPAD ini turut akan ditawarkan dalam varian WiFi dan 4G.



Untuk alternatif lain, tablet 4G murah sekitar RM1,000 yang ada di Malaysia sekarang adalah Honor Pad X9, Realme Pad 2 dan Oppo Pad Neo.

Spesifikasi Infinix XPAD

Infinix XPAD merupakan tablet dengan skrin seluas 11-inci. Ia menggunakan panel paparan IPS LCD dengan resolusi HD Penuh (1920 X 1200) , serta sokong kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak 440 nits.

Atas papan utama, tablet ini diperkasa cip MediaTek Helio G99 6nm, bersama RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan dalaman eMMC 5.1 sehingga 256GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk menambah storan.

Bateri yang dilengkapkan dalam Infinix XPAD berkapasiti 7,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Sistem pengimejannya menampilkan dua kamera 8MP, satu di hadapan dan satu di belakang. Ia turut memiliki 4 speaker stereo dan jek audio 3.5mm.

Sambungan yang boleh ditemui di tablet adalah seperti Bluetooth dan WiFi 6 tetapi tiada NFC. Tablet ini akan menjalankan sistem operasi Android 14. Infinix menjamin akan menyediakan 2-tahun kemaskini keselamatan. Terdapat tiga warna disediakan untuk Infinix XPAD, antara emas, biru dan kelabu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Infinix Xpad.

Bacaan berkaitan

  • Infinix Xpad, adakah ini tablet murah pertama Infinix di Malaysia?
  • Infinix Note 40X dilancar, telefon 5G termurah Infinix dilengkapi NFC & speaker stereo
  • Teknologi 720° SphereTech Infinix revolusikan ciri NFC Android, ini yang menarik tentangnya
Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix Xpad
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix XPAD bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi

Infinix XPAD bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi

13 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER