• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

7 game offline percuma Android best yang anda patut cuba

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:04 pm
  • 14/09/2024
  • Komen
7 game offline percuma Android best yang anda patut cuba
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak peningkatan penggunaan internet, kita boleh lihat game offline kini jarang dimainkan. Game offline merupakan jenis permainan video yang anda boleh main tanpa memerlukan sambungan internet. Ini juga bermakna ia tidak boleh dimain secara multiplayer, kerana game offline berfungsi dengan tanpa menyambungkan game kepada server.

Ada banyak kelebihan game ofline

Terdapat beberapa manfaat yang ditawarkan game offline oleh kerana ia boleh dimainkan tanpa memerlukan sambungan internet. Antaranya, anda tak perlu bimbang kehabisan kuota internet, akan pengalaman bermain lebih lancar dan bebas lag, tak perlu daftar akaun dan juga tak ada iklan. Lagi bagus sebab game offline juga boleh dimain di mana-mana sahaja, tak kisahlah dalam penerbangan atau kawasan luar bandar sekalipun yang tak ada capaian internet yang bagus.



Walaupun game online yang diberikan keutamaan pada masa kini, sebenarnya masih ada lagi banyak game offline yang tersedia dan boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store. Jadi, dalam artikel ini, kami nak cadangkan 7 game offline menarik dalam genre berbeza yang anda boleh cuba.

1. Alto’s Adventure (Adventure)

Alto’s Adventure adalah sebuah game gabungan genre ‘Endless runner’ dan Adventure dengan tema meluncur saji. Dalam game ini, pemain perlu mengelak halangan dan melakukan aksi-aksi ski bagi mengumpul mata. Dengan mekanisme mudah dan grafik cantik, game ini memang syok nak dimainkan.



Anda boleh muat turun Alto’s Adventure di Google Play Store.

2. Jungle Marble Blast (Puzzle)

Jungle Marble Blast adalah permainan puzzle klasik seakan Zuma yang diperkenal pada tahun 2003. Cara untuk mainnya, anda perlu menghapuskan marbel dengan memadankan warna dan menghalang bola daripada masuk ke hujung longkang. Permainan ini juga menawarkan tahap yang berbeza dengan kesukaran yang semakin meningkat, menjadikannya semakin mencabar dan menyeronokkan.

Anda boleh muat turun Jungle Marble Blast di Google Play Store.

3. Fallout Shelter (Stratergi)

Fallout Shelter merupakan sebahagian daripada siri popular Fallout dan ia sebuah permainan berasaskan stratergi. Objektif utama game ini adalah, anda perlu bina dan menguruskan Vault bawah tanah bagi melindungi penduduk dari bencana. Ini termasuk dengan memberikan makanan, air dan elektrik kepada penduduk. Walaupun permainan ini boleh dimainkan offline, akses kepada item dalam stor memerlukan sambungan internet.

Anda boleh muat turun Fallout Shelter di Google Play Store.

4. Asphalt 8 (Racing)

Bagi peminat lumba kereta, Asphalt 8 ini adalah pilihan menarik. Ia merupakan game popular dalam siri Asphalt dibangunkan Gameloft. Selain lumba kereta, anda boleh menyesuaikan dan menaik taraf prestasi kereta. Grafik dan visual yang game ini juga menjadikan pengalaman lagi menyeronokkan. Sementara mod multiplayer memerlukan sambungan internet, Asphalt 8 boleh dimainkan secara offline dalam mod single-player.

Anda boleh muat turunnya di Google Play Store.

5. Badland (Action)

Satu lagi permainan yang menarik adalah Badland. Ia berkonsepkan pengembaraan dalam persekitaran hutan dan ada mekanisme mudah untuk dimainkan. Dalam permainan ini, watak Clony perlu melalui cabaran dan rintangan untuk mencari jalan keluar. Terdapat banyak tahap yang disediakan dengan kesukaran berbeza. Namun, internet diperlukan untuk bermain dalam mod multiplayer dan melihat carta Leaderboard.

Anda boleh muat turun Badland di Google Play Store.

6. Theotown (Simulasi)

Theotown merupakan game simulasi pembinaan bandar, dengan anda boleh merancang dan mencipta bandar mereka tersendiri. Dalam game ini, anda boleh membangunkan infrastruktur seperti rumah, bangunan dan jalan untuk membolehkan bandar mereka dapat berkembang dengan baik. Ia menggabungkan perancangan strategik serta pengurusan ekonomi, dengan menggunakan grafik permainan yang kelihatan retro disebabkan berpiksel.

Anda boleh muat turun Theotown di Google Play Store.

7. Offline Games (Idle)

Akhir sekali, Offline Games. Keunikan game ini adalah ia memiliki banyak game yang menguji minda dalam satu aplikasi dan tak berat. Ia ibarat Plato versi single-player dan tak perlu interaksi dengan orang lain. Terdapat banyak game yang ditawarkan dalam Offline Games dan ia termasuk sepert permainan kad, perkataan, pool, catur dan banyak lagi.

Anda boleh muat turun Offline Games di Google Play Store.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, walaupun pengalaman game offline tidaklah seseronok seperti game online yang boleh dimain beramai-ramai, ia masih pilihan yang berguna pada masa tertentu untuk mengisi masa lapang. Dengan banyak pilihan game yang percuma dan tidak perlukan sambungan internet, semua boleh nikmati game bila-bila sahaja dan di mana jua. Jadi, game offlline apa yang anda main? Cuba kongsikan dekat ruangan komen.

Tags: Alto’s AdventureAsphalt 8BadlandFallout Sheltergame offlineJungle Marble BlastofflineOffline GamespermainanTheotowntips
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

7 game offline percuma Android best yang anda patut cuba

7 game offline percuma Android best yang anda patut cuba

14 September 2024
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

14 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN