• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Smart 9 dilancar dengan skrin 120Hz dan speaker stereo, harga Malaysia bawah RM300?

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:53 pm
  • 23/09/2024
  • Komen
Infinix Smart 9 dilancar dengan skrin 120Hz dan speaker stereo, harga Malaysia bawah RM300?
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix telah mengumumkan ahli terbaru dalam siri telefon pintar Smart, iaitu Smart 9. Ia merupakan telefon berkelas permulaan dan kemas kini daripada Smart 8 terdahulu, dengan diberikan beberapa pembaharuan termasuk rekaan baharu, cip lebih berkuasa dan skrin lebih pantas.

Pelancarannya dilakukan di peringkat antarabangsa dan setakat ini, masih tiada pemakluman tentang pelancarannya di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan tiba di Malaysia tidak lama lagi setelah Infinix Malaysia memuat naik hantaran mengenai Smart 9 di laman Facebook mereka.



Infinix Smart 9 sudah disenaraikan di Shopee

Lagi menarik, sudah ada beberapa penjual di Shopee yang mula menyenaraikan Infinix Smart 9, sekali gus mendedahkan harga serta varian yang ditawarkan. Berdasarkan penyenaraian itu, Smart 9 boleh dipratempah pada harga RM299 dengan RAM 3GB dan storan 64GB.

Ini merupakan harga dan konfigurasi yang sama ditawarkan untuk model Smart 8 terdahulu. Kelihatan terdapat juga tiga warna yang ditawarkan untuk Smart 9 iaitu hitam, putih dan hijau.



Selain daripada hantaran Infinix Malaysia di Facebook, menguatkan lagi pelancaran Smart 9 di Malaysia adalah, ia telah menerima kelulusan SIRIM pada awal September lalu, menandakan pelancarannya mungkin akan diadakan dalam masa terdekat. Berkemungkinan pada hujung September atau awal Oktober.

Spesifikasi Infinix Smart 9

Spesifikasi Smart 9 sudah pun didedahkan sewaktu pelancaran antarabangsanya. Ia didatangkan dengan skrin LCD sebesar 6.7-inci dengan resolusi HD, sedikit lebih besar berbanding 6.6-inci di Smart 8 dan sokong kecerahan puncak 500 nits. Namun, Smart 9 ada kadar penyegaran jauh lebih pantas 120Hz, naik taraf daripada 90Hz di model sebelum ini.

Terdapat juga fungsi Dynamic Bar di atas skrin yang boleh paparkan maklumat tambahan dengan membesarkan lubang kamera di hadapan.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip Helio G81, iaitu satu lonjakan besar kerana Smart 8 dikuasakan cip Unisoc T606. Bagaimanapun, kapasiti RAM dan storan masih sama iaitu dengan sebanyak RAM 3GB dan storan 64GB disediakan. Slot kad mikro-SD juga masih ada jika storan tidak mencukupi.

Screenshot

Tiada perubahan yang diberikan pada sistem pengimejan. Smart 9 masih menggunakan kamera utama 13MP dan lubang di atas skrin menempatkan kamera hadapan 8MP. Tenaga telefon pula disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan boleh dicas dengan kuasa 10W, sama seperti generasi sebelumnya.

Jek audio 3.5mm masih terdapat di bawah telefon, tetapi yang menariknya, Smart 9 kini dilengkapi speaker stereo dengan teknologi DTS yang katanya ada kelantangan kuat 300%. Ia juga ada kalis percikan air dan debu IP54, pengimbas cap jari di sisi serta didatangkan dengan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14 sejurus keluar kotak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix Smart 9.

Bacaan berkaitan

  • Infinix Smart 8, telefon paling murah boleh beli kalau bajet anda sedikit
  • Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia
  • Infinix Hot 40 Pro dan Hot 40i dilancar, harga lebih mahal dengan storan besar
Tags: InfinixInfinix Smart 9Inifnix MalaysiaSmart 9
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Smart 9 dilancar dengan skrin 120Hz dan speaker stereo, harga Malaysia bawah RM300?

Infinix Smart 9 dilancar dengan skrin 120Hz dan speaker stereo, harga Malaysia bawah RM300?

23 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER