• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penggunaan MyDigital ID untuk log masuk MyJPJ kini dibatalkan

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:57 pm
  • 03/10/2024
  • Komen
Penggunaan MyDigital ID untuk log masuk MyJPJ kini dibatalkan
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pengguna MyJPJ sebelum ini dikejutkan dengan satu notis yang menyatakan MyDigital ID akan digunakan sebagai satu-satunya kaedah untuk melog masuk aplikasi. Disebabkan menerima banyak aduan daripada pengguna, kini Kementerian Pengangkutan telah membatalkan langkah tersebut dan pengguna boleh terus melog masuk akaun seperti biasa.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu sidang akhbar yang diadakan kementeriannya baru-baru ini. Menurut Anthony, notis tarikh akhir untuk beralih ke pelaksanaan MyDigital ID telah pun dipadamkan di dalam aplikasi MyJPJ.



Buat masa ini, Anthony juga mengatakan tiada tarikh akhir yang ditetapkan dan orang ramai boleh menggunakan aplikasi MyJPJ seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Melihat pada notis di dalam aplikasi, ia menyatakan penggunaan MyDigital ID untuk melog masuk akaun akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024. Ini bermakna, pengguna tanpa MyDigital ID tidak boleh melog masuk aplikasi MyJPJ mereka selepas tarikh tersebut.



Notis ini pada mulanya muncul dalam aplikasi melalui kemas kini v2.7 yang dikeluarkan pada 30 September. Jadi, pengguna diberikan masa lebih kurang 10 hari untuk mendaftar MyDigital ID. Namun ramai pengguna yang meluahkan kekecewaan mereka kerana ia ambil masa yang lama untuk mendaftar MyDigital ID.

Mengulas lebih lanjut, Anthony memaklumkan implementasi melog masuk menggunakan MyDigital ID ini dibuat tanpa perbincangan sewajarnya diantara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak kementerian. Ini mungkin menjelaskan kenapa tiada pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan penggunaan MyDigital ID untuk melog masuk akaun MyJPJ.

Selain itu, Anthony turut menegaskan yang integrasi secara ‘back-end’ dalam sistem mereka akan dilakukan di antara aplikasi MyJPJ dan MyDigital ID untuk memudahkan pengguna. Namun, integrasi tersebut mungkin mengambil masa sedikit lama, memandangkan MyJPJ ada 10.5 juta pengguna.

[Sumber: SoyaCincau, NST]

Tags: Anthony LokeJPJkementerian pengangkutanMyDigital IDmyjpj
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Penggunaan MyDigital ID untuk log masuk MyJPJ kini dibatalkan

Penggunaan MyDigital ID untuk log masuk MyJPJ kini dibatalkan

3 October 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN