• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei 10.10 Super Sale, diskaun RM300 untuk MatePad Pro 12.2″ dan pelbagai hadiah menanti

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:07 pm
  • 10/10/2024
  • Komen
Huawei 10.10 Super Sale, diskaun RM300 untuk MatePad Pro 12.2″ dan pelbagai hadiah menanti
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei mengumumkan mereka bakal mengadakan promosi menarik untuk pelbagai produk mereka sempena Huawei 10.10 Super Sale Shopee Live. Ia akan diadakan pada 10 Oktober 2024 jam 7pm dan promosi eksklusif di Shopee ini menyaksikan potongan harga sehingga RM300 untuk peranti- peranti Huawei.

Sewaktu acara tersebut, anda boleh sertai siaran langsung untuk mendapatkan pelbagai produk Huawei termasuk tablet, jam pintar dan aksesori lain pada harga lebih murah.



Promosi siri Watch GT 5, Huawei MatePad Pro 12.2″ dan MatePad 11.5″S

Jam pintar siri Watch GT 5 yang baru dilancarkan antara yang terlibat dalam promosi ini. Ketika tempoh promosi, siri Watch GT 5 diberikan potongan harga sehingga RM100 dan pembeli jam pintar itu turut akan disertakan dengan fon putik FreeBuds 5i secara percuma.

Huawei MatePad Pro12.2

Selain itu, tablet MatePad Pro 12.2” yang boleh dipratempah sehingga 12 Oktober 2024 turut ditawarkan pada harga lebih murah. Dilancarkan pada harga RM4,599, Huawei menawarkan diskaun sehingga RM300 untuknya dan mereka yang membeli dalam tempoh promosi akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM2,546. Hadiah tersebut berupa sarung papan kekunci, M-Pencil generasi ke-3 dan speaker mudah alih Huawei.



Huawei MatePad 11.5″S

Bukan tablet MatePad Pro 12.2-inci sahaja yang diberikan tawaran menarik. MatePad 11.5″S yang berharga RM1,799 juga disediakan diskaun sehingga RM300 sempena jualan 10.10. Pembelian akan disekalikan dengan hadiah bernilai sehingga RM1,447.

Sekiranya anda bercadang untuk dapatkan cermin mata, Huawei Eyewear turut terlibat dalam promosi ini dan boleh dibeli pada harga hanya RM99, murah RM1,000 berbanding harga asal RM1,099.

Cabutan bertuah eksklusif

Huawei juga ingin memeriahkan lagi promosi dengan mengadakan cabutan bertuah Shopee Exclusive Lucky Draw. Setiap pembelian di Shopee dalam jualan 10.10 ini akan memberikan peluang untuk anda memenangi hadiah. Sebanyak tiga tali jam Watch GT 5 46mm, tiga tali jam Watch GT 3 SE dan 10 pakej hadiah yang boleh dimenangi pemenang bertuah.

Jadi, kalau anda berminat, pastikan tidak terlepas sertai jualan Huawei 10.10 Super Sale Shopee Live di stor Shopee yang akan diadakan dalam beberapa hari lagi, pada 10 Oktober jam 7pm.

Ada banyak lagi diskaun peranti Huawei lain

Kalau anda mahukan selain daripada peranti yang dinyatakan tadi, terdapat banyak lagi peranti Huawei yang ditawarkan pada harga lagi murah sempena jualan Super Sale 10.10 di Lazada dan Shopee. Ia berjalan dari 9 Oktober hingga 13 Oktober.

Antara produk yang terlibat adalah seperti telefon pintar Nova 11 Pro, tablet MatePad 11.5″, laptop MateBook D16 dan pelbagai jam kecergasan dan fon putik Huawei. Anda boleh ketahui lebih lanjut dengan di stor Huawei di Lazada dan Shopee.

Bacaan berkaitan

  • Tablet ini ada paparan lebih baik daripada iPad Pro M4, ini sebabnya
  • Siri Huawei Pura 70 kini lebih murah, potongan harga hingga RM900
  • Storan 1TB tiba di Huawei Pura 70, tebus peranti lama untuk rebat RM500
Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MatePad 11.5sHuawei matepad 12.2Huawei Super Sale 10.10Huawei watch gt 5promosi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei 10.10 Super Sale, diskaun RM300 untuk MatePad Pro 12.2″ dan pelbagai hadiah menanti

Huawei 10.10 Super Sale, diskaun RM300 untuk MatePad Pro 12.2″ dan pelbagai hadiah menanti

10 October 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN