• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Air 3S diumumkan, sensor kamera lebih besar dan kini dilengkapi LiDAR

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:03 pm
  • 17/10/2024
  • Komen
DJI Air 3S diumumkan, sensor kamera lebih besar dan kini dilengkapi LiDAR
Share on FacebookShare on Twitter

DJI telah melancarkan DJI Air 3S, dron terbaharu dalam siri Air dan merupakan kemas kini daripada Air 3 yang diumumkan DJI sekitar Julai tahun 2023. Model baharu ini diberikan beberapa naik taraf termasuk pada sensor kamera, prestasi HDR serta penderia halangan keliling yang lebih baik.

DJI Air 3S

Daripada luaran, rupa paras Air 3S tidak banyak berubah dan mewarisi rekaan serupa seperti Air 3. Cuma, perbezaan ketara yang boleh dilihat adalah pada bahagian kerangka kameranya. Dron terbaharu ini ada berat 724g, sedikit lebih berat daripada Air 3 pada 720g.



DJI Air 3

Air 3S masih membawakan sistem dwikamera terdiri daripada kamera utama dan telefoto. Tetapi kini, sensor kamera utamanya lebih besar, iaitu 1-inci 50MP dengan jarak fokal 24mm. Jadi, anda juga boleh jangkakan prestasi rakaman malam lebih baik dengannya. Kamera telefoto pula adalah 48MP dengan jarak fokal 70mm dan ada kemampuan zum optikal 3x, sama seperti sebelumnya.

Keupayaan merakam masih kekal sama pada 4K 120fps, tetapi kedua-dua kamera kini ada tahap Dynamic Range lebih baik mencecah sehingga 14 stops, berbanding sebelumnya sehingga 12.8 stops. Menurut DJI, sistem dwikamera model terbaharu ini ada kualiti rakaman yang dipertingkatkan, mampu merakam video 10-bit dalam format H.265 dan ada tahap ISO maksimum pada 12,800.



Selain itu, Air 3S juga menerapkan fungsi video encoding lebih canggih, katanya menggunakan algoritma mampatan membolehkan fail video disimpan dalam saiz 30% lebih kecil tanpa kompromi kualiti imej. Pun begitu, Air 3S kini memliki storan terbina lebih besar bersaiz 42GB. Waktu penerbangan dron adalah sama seperti sebelumnya sehingga 45 minit dengan jarak perhubungan 20km. Ia juga menggunakan Smart RTH (Return-to-Home) generasi terbaharu memastikan dron kembali ke pengguna selamat.

Lagi yang baru adalah, model Air 3S dilengkapi dengan sensor LiDAR menghadap ke hadapan, dikatakan pertama kali ditampilkan pada dron DJI. Sementara itu, dron ini juga ada sensor time-of-flight inframerah menghala ke bawah bersama-sama dengan enam penderia penglihatan yang diposisikan di hadapan, belakang dan bawah dron.

Dengannya, ia membolehkan dron untuk ada tahap pengesanan halangan keliling dipertingkatkan terutamanya pada waktu malam. Tambah baik,dron ini turut didatangkan dengan ciri ActiveTrack 360 membenarkan dron untuk mengekalkan subjek ditengah-tengah bingkai dan Free Panorama yang menggabungkan beberapa rakaman dengan lancar.

Harga dan ketersediaan DJI Air 3S di Malaysia

DJI Air 3S boleh mula didapatkan di Malaysia sekarang pada harga bermula RM4,599 di Lazada dan Shopee. Ia juga tersedia untuk didapatkan dengan kombo barangan lain pada harga RM5,789 dan RM6,579.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk DJI Air 3S.

[Sumber: DJI]

Tags: djiDJI Air 3S
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
DJI Air 3S diumumkan, sensor kamera lebih besar dan kini dilengkapi LiDAR

DJI Air 3S diumumkan, sensor kamera lebih besar dan kini dilengkapi LiDAR

17 October 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER