• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X7c Malaysia: Rekaan lebih teguh, bateri 6,000mAh & skrin 120Hz

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:42 pm
  • 06/11/2024
  • Komen
Honor X7c Malaysia: Rekaan lebih teguh, bateri 6,000mAh & skrin 120Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan Honor X9c, Honor Malaysia turut memperkenalkan Honor X7c, telefon kelas permulaan bagi menggantikan Honor X7b terdahulu. Berdasarkan nama model, ia berada di bawah Honor X9c, tetapi masih didatangkan dengan rekaan ultra teguh dan memiliki kapasiti bateri yang besar.

Harga Honor X7c di Malaysia

Hanya ada satu varian Honor X7c yang dijual di Malaysia dan ia akan tersedia didapatkan orang ramai bermula 15 November 2024. Yang menariknya, ia ditawarkan pada harga RM100 lebih murah berbanding Honor X7b dengan kapasiti RAM dan storan yang sama. Berikut adalah harga jualan Honor X7c di Malaysia:



  • Honor X7c (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM699

Seperti abangnya Honor X9c, setiap pembelian Honor X7c turut akan disertakan dengan jaminan penggantian skrin dan panel belakang yang bernilai RM299 jika ianya rosak dalam masa 365 hari. Pembelian boleh dibuat melalui stor dalam talian Honor atau gedung rasmi mereka di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Honor X7c

Di hadapan, Honor X7c dilengkapi paparan LCD 6.77-inci dengan resolusi HD 720p, iaitu resolusi lebih rendah berbanding HD Penuh di X7b. Namun, model kali ini sokong kadar penyegaran lebih pantas 120Hz dan kecerahan puncak 850 nits. Rekaannya juga menerima pengesahan SGS untuk ada binaan teguh dan kalis jatuh, serta ada tahap kekalisan air pada paras IP64.



Penggerak utama telefon ini adalah cip Qualcomm Snapdragon 685, cip tanpa 5G yang lebih baharu berbanding Snapdragon 680 di Honor X7b. Bersama cip itu, ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Sejurus keluar kotak, sistem operasi yang akan digunakan adalah MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.

Sistem kamera X7c juga mengalami sedikit perubahan dan dilihat turun taraf berbanding X7b. Berbanding tiga kamera, model terbaharu kini hanya ada dua kamera di belakang. Ia adalah kamera utama 108MP yang mampu zum lossless 3x dan kamera depth 2MP, tiada kamera ultralebar.

Untuk selfie pula, ia boleh diambil menggunakan kamera 8MP. Lubang kameranya juga boleh dibesarkan untuk paparkan info seperti panggilan, penggera dan audio melalui fungsi yang dinamakan Magic Capsule.

Kapasiti baterinya masih kekal sama pada 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 35W melalui USB-C. Speaker stereo juga masih dikekalkan tetapi Honor dakwa ia kini ada kelantangan kuat 300%. Lagi ciri lain yang ada termasuk Bluetooth 5.0, WiFi 5, pengimbas cap jari di butang kuasa dan jek audio 3.5mm.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman produk Honor X7c.

Tags: honorhonor malaysiaHonor X7c
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X7c Malaysia: Rekaan lebih teguh, bateri 6,000mAh & skrin 120Hz

Honor X7c Malaysia: Rekaan lebih teguh, bateri 6,000mAh & skrin 120Hz

6 November 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER