Semakin menghampiri ke penghujung tahun, LG Malaysia ingin memeriahkan lagi suasana dengan mengumumkan tawaran akhir tahun mereka. Ia berlangsung mulai sekarang hingga 31 Disember 2024, dan anda boleh nikmati diskaun dan rebat untuk pelbagai produk rumah LG. Malah, pembelian juga ada yang disertakan dengan hadiah percuma.
Menariknya, semasa promosi ini berlangsung, LG menawarkan rebat bernilai sehingga RM2,500 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go eWallet untuk produk LG terpilih, selain potongan untuk harga produk. Sebagai contoh, TV LG QNED 65QNED91TSA 65″ boleh dibeli pada harga RM8,299 (harga asal RM10,399), di samping rebat RM1,200 boleh ditebus pembeli.
Seterusnya, peti sejuk LG InstaView GC-V257CQFW mengalami penurunan harga sebanyak RM3,200, boleh dibeli pada harga RM5,999 (harga asal RM9,199) dengan rebat RM200 disediakan. Mesin basuh LG TV2517SV3B 17kg juga diberi diskaun ketara, kini berharga RM2,249 (harga asal RM3,199) dengan rebat RM50 diberikan.
Mix & match dan dapat rebat tambahan RM400
Bukan itu sahaja, terdapat rebat tambahan sehingga RM400 jika anda mix & match lebih daripada dua produk LG dalam kategori yang berbeza. Antara produk yang tersedia bagi mix & match adalah seperti LG OLED TV, LG WashTower, peti sejuk LG InstaView, pembersih vakum LG CordZero, penghawa dingin LG Artcool dan penulen air dan udara LG PuriCare.
Selain itu, lebih penjimatan turut LG sediakan sekiranya anda nak naik taraf sisem hiburan di rumah. Ini kerana LG menawarkan rebat sehingga RM700 untuk pembelian TV LG dengan soundbar LG. Pembeli TV LG OLED terpilih juga akan disertakan dengan lanjutan waranti selama satu tahun, manakala mereka yang membeli vakum LG CordZero akan diberikan percuma muncung nozel vakum bernilai RM399.
Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM400 boleh anda terima
Lebih menarik, jika anda berbelanja minimum RM3,000 untuk dua produk LG terpilih dalam satu resit, anda juga layak terima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM400. Berikut adalah kredit yang anda akan terima berdasarkan perbelanjaan:
- Belanja RM3,000 – RM4,999 – Terima kredit Touch ‘n Go eWallet RM150
- Belanja RM5,000 – RM6,999 – Terima kredit Touch ‘n Go eWallet RM250
- Belanja RM7,000 dan ke atas – Terima kredit Touch ‘n Go eWallet RM400
Bagaimana nak tebus rebat dan hadiah percuma?
Untuk menebus rebat dan hadiah percuma dalam promosi ini, pastikan anda simpan invois pembelian dan mengisi borang di laman web LG Rewards sebelum 31 Januari 2025.
Anda boleh layari laman web LG untuk ketahui senarai penuh produk sewaktu promosi ini.