• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro lanjut kontrak hak siar EPL dan FA Cup sehingga 2028

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:39 am
  • 12/12/2024
  • Komen
Astro lanjut kontrak hak siar EPL dan FA Cup sehingga 2028
Share on FacebookShare on Twitter

Astro telah umumkan pihak mereka telah lanjutkan kontrak hak penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan juga FA Cup untuk 3 tahun yang akan datang. Hal ini bermakna, Astro akan jadi penyiar rasmi dua kejohanan itu untuk musim 2025/26 hingga musim 2027/28.

Penonton EPL naik 70% musim 2023/24

Astro berkongsikan beberapa statistik menarik sepanjang mereka menjadi penyiar rasmi EPL di Malaysia. Salah satunya adalah mereka menyaksikan peningkatan 70% tontonan EPL di Malaysia untuk musim 2023/24 yang berakhir dalam bulan Mei 2024. Bagi memberikan pengalaman EPL yang lebih tersusun dan menghiburkan, Astri dalam bulan Oktober lalu telah lakukan beberapa penyelarasan pada susunan saluran mereka.



Astro menyingkirkan nama Astro Supersport kepada nama saluran yang lebih spesifik untuk setiap sukan. Contohnya, saluran Astro SuperSport 1 & 2 telah digantikan kepada Astro Premier League 1 & 2 di saluran CH 811 dan CH812. Saluran ini menyiarkan semua perlawanan Premier League secara langsung atau ulangan.

Astro One Sport: Kandungan sukan komprehensif RM99.99/bulan

Terbaharu, Astro juga memperkemas penawaran mereka dengan Astro One. Ia mempunyai objektif untuk berikan kemudahan hiburan yang lebih mudah, fleksibel, dan mampu milik. Misalnya, penawaran mereka kini hanya diringkaskan kepada tiga pelan asas berikut:



  • Astro One Entertainment RM49.99/bulan
  • Astro One Sports RM99.99/bulan
  • Astro One Epic RM199.99/bulan

Dengan Astro One Sport, anda boleh layan semula 380 perlawanan EPL secara siaran langsung dan ada antaranya dalam resolusi 4K UHD. Jangan dilupakan FA Cup juga boleh ditonton sepenuhnya.

Tags: astroeplfa cup
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Astro lanjut kontrak hak siar EPL dan FA Cup sehingga 2028

Astro lanjut kontrak hak siar EPL dan FA Cup sehingga 2028

12 December 2024
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN