• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 9 FE: Telefon gaming mampu milik Asus dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:16 pm
  • 06/02/2025
  • Komen
ROG Phone 9 FE: Telefon gaming mampu milik Asus dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan pengenalan ROG Phone 9 pada hujung tahun lalu, Asus kini telah memperkenalkan versi yang lebih mampu milik, iaitu ROG Phone 9 FE. Ia mengekalkan rupa seakan sama seperti ROG Phone 9, tetapi dikuasakan cip flagship dua tahun lepas Snapdragon 8 Gen 3 berbanding Snapdragon 8 Elite terkini.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di pasaran Thailand dan didatangkan dalam satu varian sahaja. Tetapi menariknya, ROG Phone 9 FE memiliki RAM yang lebih besar berbanding varian asas ROG Phone 9 di Malaysia.



Harga ROG Phone 9 FE di Thailand

ROG Phone 9 FE dijual di pasaran Thailand pada harga THB 29,990 (~RM3,938) untuk satu-satu variannya RAM 16GB dan storan 256GB. Sebagai promosi awal, ROG turut menawarkan sarung Chill Case ROG Phone 9, beg sandang ROG Slash dan pelindung skrin secara percuma dengan pembelian.

Namun, berbeza dengan pasaran Malaysia, varian asas ROG Phone 9 tidak ditawarkan di Thailand dan pengguna Thailand hanya mempunyai pilihan sama ada ROG Phone 9 Pro atau ROG Phone 9 Pro Edition, yang masing-masing harga bermula THB 39,990 (~RM5,256) dan THB 49,990 (~RM6,573).



Sebagai perbandingan, harga siri ROG Phone 9 di Malaysia adalah lebih murah berbanding Thailand kerana varian terendah ROG Phone 9 dijual pada harga RM3,999, manakala ROG Phone 9 Pro bermula RM4,999.

Spesifikasi ROG Phone 9 FE

Macam yang dikatakan tadi, ROG Phone 9 FE masih mengekalkan rekaan yang hampir sama dengan ROG Phone 9 yang dilancarkan sebelum ini. Ia menggunakan paparan AMOLED 6.78-inci dengan resolusi FHD+, sokong kadar penyegaran sehingga 185Hz dan kecerahan puncak mencecah 2,500 nits.

Atas papan utama, versi FE ROG Phone 9 ini diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X seluas 16GB dan storan UFS 4.0 sebesar 256GB. Ia juga didatangkan dengan butang bahu Air Triggers dan anda ada pilihan untuk menambah kipas penyejuk AeroActive Cooler X Pro atau alat kawalan ROG Tessen.

Tenaga telefon disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,500mAh, sedikit lebih kecil dari 5,800mAh yang terdapat di versi bukan FE. Tetapi pengecasan yang disokong adalah sama, iaitu 65W USB-C dan juga pengecasan wayarles 15W. Seperti varian asas ROG Phone 9, lampu AniMe Vision dengan 341 LED juga ada di ROG Phone 9 FE.

Tahap kekalisan air yang disokong adalah IP68 dan sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan Android 15 yang diselaputi dengan ROG UI.

[Sumber: ROG, GSMArena]

Tags: asusASUS ROGASUS ROG Phone 9Asus ROG Phone 9 FErogROG Phone 9ROG Phone 9 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ROG Phone 9 FE: Telefon gaming mampu milik Asus dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3

ROG Phone 9 FE: Telefon gaming mampu milik Asus dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3

6 February 2025
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN