• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPad Air 2025 dilancar dengan cip M3 dan Apple Intelligence, bermula RM2,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:49 pm
  • 05/03/2025
  • Komen
iPad Air 2025 dilancar dengan cip M3 dan Apple Intelligence, bermula RM2,799
Share on FacebookShare on Twitter

Belum sampai setahun iPad Air M2 diperkenal, kini Apple telah mengumumkan ketibaan iPad Air baharu yang dijana cip lebih berkuasa, Apple M3. Bukan setakat itu, Apple juga telah memperkenalkan Magic Keyboard baru dengan harga yang lebih murah.

Harga iPad Air 2025 (M3) di Malaysia

Berikut adalah harga jualan rasmi iPad Air M3 di Malaysia:



iPad Air (M3) 11″ WiFi

  • 128GB – RM2,799
  • 256GB – RM3,199
  • 512GB – RM4,099
  • 1TB – RM4,999

iPad Air (M3) 11″ WiFi + 5G



  • 128GB – RM3,499
  • 256GB – RM3,899
  • 512GB – RM4,799
  • 1TB – RM5,699

iPad Air (M3) 13″ WiFi

  • 128GB – RM3,699
  • 256GB – RM4,099
  • 512GB – RM4,999
  • 1TB – RM5,899

iPad Air (M3) 13″ WiFi + 5G

  • 128GB – RM4,399
  • 256GB – RM4,799
  • 512GB – RM5,699
  • 1TB – RM6,599

Harga untuk program pendidikan juga tersedia bermula RM2,569 untuk model 11″ dan bermula RM3,469 untuk model 13″. Sebagai perbandingan, iPad Air M2 tahun lepas dilancarkan pada harga bermula RM2,999 untuk versi 11″ dan RM3,999 untuk versi 13″.

Berikut adalah harga aksesori yang ditawarkan Apple bersama-sama dengan Magic Keyboard terbaru.

Aksesori

  • Magic Keyboard 11″ – RM1,299
  • Magic Keyboard 13″ – RM1,399
  • Apple Pencil Pro – RM549
  • Apple Pencil USB-C – RM349

Magic Keyboard untuk program pendidikan ditawarkan pada RM1,199 untuk model 11″ dan RM1,309 untuk model 13″.

Setakat artikel ini ditulis, iPad Air 2025 masih belum tersedia untuk dibeli. Tetapi ia telah pun tersenarai di stor dalam talian Apple Malaysia.

Spesifikasi iPad Air 2025 (M3)

Sama seperti versi 2024, iPad Air baru ini didatangkan dalam dua saiz 11″ dan 13″, menggunakan panel paparan IPS dengan resolusi 2360×1640 dan 2732×2048. Kecerahan puncak yang disokong panel adalah 500 nits.

Cip M3 yang digunakan di dalamnya turut menampilkan CPU 8-teras dan GPU 9-teras sama seperti cip iPad Air M2 sebelum ini. Dengan penggunaan cip M3, iPad baru ini juga menyokong Apple Intelligence.

Sistem kameranya masih kekal sama. Ia didatangkan dengan kamera belakang 12MP dan kamera hadapan 12MP yang terletak di tengah tablet apabila berdiri secara melintang, selain memiliki tetapan speaker stereo dan dua mikrofon.

Untuk ketersambungan, iPad Air M3 ini masih menyokong WiFi 6E dan Bluetooth 5.3, sementara versi selularnya menygokong Gigabit LTE dan sub-6GHz 5G. Sama seperti model tahun lepas juga, iPad Air baru ini tuga didatangkan dengan dulang SIM fizikal dan hanya menyokong eSIM bagi sambungan mudah alih.

Satu isian penuh iPad Air boleh menawarkan masa penggunaan sehingga 10 jam. Seperti yang dikatakan tadi, Magic Keyboard untuk iPad telah diperbaharui dengan tambahan 14 kekunci untuk fungsi pada baris di bahagian atas. Ia juga masih menggunakan sambungan USB-C dengan sokongan pengecasan melaluinya dan trackpad kaca.

Kalau anda tertanya kenapa Magic Keyboard baru ini lebih murah berbanding versi sebelumnya, ia adalah kerana versi terbaru 2025 kini tidak dilengkapi pencahayaan pada kekunci. Ini mungkin akan sukarkan penggunaan ketika dalam persekitaran gelap. Sebagai perbandinga, Magic Keyboard terdahulu dijual pada harga RM1,399 untuk model 11″ dan RM1,599 untuk model 13″.

Tags: appleApple iPadApple M3apple malaysiaipadiPad Air 2025Magic Keyboard
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
iPad Air 2025 dilancar dengan cip M3 dan Apple Intelligence, bermula RM2,799

iPad Air 2025 dilancar dengan cip M3 dan Apple Intelligence, bermula RM2,799

5 March 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER