Sempena bulan Ramadan, Aeon Bank kini menganjurkan beberapa kempen untuk membantu pelanggan mereka memaksimumkan simpanan dan meraih lebih banyak ganjaran bagi perbelanjaan harian untuk Ramadan dan Raya. Bukan itu sahaja, Aeon Bank juga menawarkan pembiayaan peribadi patuh syariah tanpa cagaran di mana pelanggan boleh memperoleh pinjaman sehingga RM10,000.
10x Mata Aeon untuk Ramadan, bersamaan pulangan tunai 5%

Dari 1 Mac hingga 6 April 2025, pengguna Kad Debit-i Aeon Bank boleh mendapat 10x Mata Aeon untuk pembelian yang dibuat di stor Aeon terpilih. Untuk setiap RM1 yang dibelanja, pemegang kad akan menerima 10x Mata Aeon, iaitu bersamaan dengan pulangan tunai sebanyak 5%.
Berdasarkan halaman terma dan syarat, stor Aeon yang terlibat untuk promosi 10x Mata Aeon ini termasuk Aeon, Aeon Big, MaxValue, Wellness dan Daiso. Mata Aeon juga boleh ditukar kepada tunai serta merta melalui aplikasi Aeon Bank dengan kadar tukaran 200 mata = RM1.
Aeon Bank menawarkan pembiayaan peribadi patuh syariah sehingga RM10,000

Aeon Bank baru-baru ini juga memperkenalkan produk Pembiayaan Peribadi-i di mana pelanggan boleh mendapatkan pinjaman patuh syariah sehingga RM10,000 dengan kelulusan dan pembayaran yang cepat. Sebagai sebahagian daripada promosi mereka di antara 5 hingga 31 Mac 2025, 500 pelanggan pertama yang layak akan menerima Mata Aeon bernilai sehingga RM50 selepas pembayaran pembiayaan selesai dilakukan.
Berdasarkan aplikasi Aeon Bank, produk pembiayaan ini dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di dalam Malaysia berumur di antara 18 hingga 55 tahun, dengan pendapatan kasar bulanan minimum RM3,000. Jumlah pinjaman yang boleh dimohon adalah antara RM1,000 ke RM10,000 dengan tempoh bayaran balik antara 3 hingga 24 bulan.

Seperti yang boleh dilihat di dalam aplikasi, produk Pembiayaan Peribadi-i ini mempunyai kadar kuntungan indikatif 6.88% setahun dan terdapat bayaran Wakalah sebanyak RM1. Pelanggan juga perlu menyediakan maklumat terkini, termasuk butiran semasa untuk proses selanjutnya.
Setelah permohonan diluluskan, pelanggan akan menerima notifikasi dan mereka perlu menekan “terima” untuk teruskan. Jumlah pinjaman yang diluluskan akan dikredit ke dalam akaun simpanan pelanggan serta-merta.
Neko Cruiser di Bazar Ramadan

Untuk berinteraksi dengan orang ramai, Aeon bank juga telah melancarkan Neko Cruiser dan akan membuat kemunculan di tiga lokasi Bazar Ramadan pada tarikh berikut:
- 13 – 15 Mac 2025, 4 petang ke atas: Bazar Ramadan Kg Melayu Majidee, Johor Bahru
- 20 – 22 Mac 2025, 4 petang ke atas: Bazar Ramadan Pandan Indah, Kuala Lumpur
- 25 – 27 Mac 2025, 4 petang ke atas: Bazar Ramadan Mahkota Square, Kuantan
Menurut Aeon Bank, Neko Cruiser adalah pusat interaktif bergerak yang bertujuan untuk menghubungkan komuniti tempatan dengan penyelesaian perbankan digital patuh Syariah, sambil menyediakan sokongan kepada mereka yang mahu beralih ke transaksi tanpa tunai. Pasukan Aeon Bank di sana juga akan berada di sana untuk membantu proses pendaftaran dan orang ramai boleh menebus barangan rasmi Aeon Bank dengan memuat turun aplikasi, membuka Akaun Simpanan-i dan menyertai aktiviti O2O.