• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PrivateSIM CelcomDigi: Talian kedua eSIM untuk lindungi privasi & nombor utama anda

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:50 pm
  • 23/04/2025
  • Komen
PrivateSIM CelcomDigi: Talian kedua eSIM untuk lindungi privasi & nombor utama anda
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi melindungi nombor telefon utama anda daripada terdedah, CelcomDigi hari ini telah memperkenalkan PrivateSIM. Ia adalah eSIM khas yang boleh digunakan sebagai talian kedua, direka untuk menjaga privasi dan mengelakkan daripada nombor telefon utama anda terdedah kepada pihak yang tidak diingini.

Menurut CelcomDigi, PrivateSIM ini ditawarkan untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan ke atas, dan boleh didapatkan secara ekslusif melalui stor online CelcomDigi mulai sekarang. Ia boleh dilanggan pemegang talian utama pada harga RM10/bulan dan memerlukan sekurang-kurangnya anda untuk ada satu slot kosong daripada 6 talian tambahan.



Berdasarkan semakan di laman T&C, pelan ini juga didatangkan dengan kuota internet 1GB dengan kelajuan 100Mbps dan panggilan percuma 20 minit. Jika anda perlukan lebih data, anda juga boleh menambah data 500MB dengan tempoh sah 7 hari dengan harga RM5.

Selain itu, CelcomDigi turut menjelaskan bahawa PrivateSIM tidak akan bercanggah dengan nombor utama pengguna dan boleh diaktifkan dengan mudah secara dalam talian. PrivateSIM menawarkan beberapa kelebihan, terutamanya untuk perkara seperti:



  • Perbankan & pembayaran – Terima Kata Laluan Satu Kali (One-Time Passwords/OTPs) untuk
    transaksi bank dan e-dompet tanpa perlu berkongsi nombor peribadi.
  • Beli dalam talian – Berbelanja tanpa gangguan mesej promosi atau spam.
  • Media sosial – Daftar akaun tanpa menggunakan nombor peribadi.
  • Sekali guna – Sesuai untuk percubaan percuma, kod promo, atau lain-lain pendaftaran
    sementara.

Bagaimanapun, sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan PrivateSIM ini, anda perlu pastikan bahawa peranti anda mempunyai sokongan eSIM.

Mengikut laman FAQ CelcomDigi, eSIM disokong untuk iPhone XS dan ke atas, dan peranti Android terpilih termasuk Samsung Galaxy S20, Galaxy Fold, Galaxy Flip dan model lebih baharu, Google Pixel 2 dan model lebih baharu, Oppo Find X8, Find N3 dan model lebih baharu, Xiaomi 13T dan model lebih baharu, Honor Magic 4 Pro, Magic V2 dan model lebih baharu, dan Vivo V29, X90 dan model lagi baharu.

Cara mendapatkan PrivateSIM CelcomDigi

Sekiranya berminat, berikut adalah cara untuk mendapatkan PrivateSIM:

  1. Layari stor online CelcomDigi, pastikan peranti anda menyokong eSIM
  2. Sahkan identiti dengan masukkan nombor pascabayar utama, kemudian imbas MyKad dan melakukan pengenalan wajah.
  3. Pastikan anda ada sekurang-kurangnya satu slot talian tambahan yang tersedia dan pilih pelan anda
  4. Pilih nombor baharu anda untuk eSIM dan klik ‘Daftar keluar’.
  5. Semak butiran pesanan anda dan pilih kaedah pembayaran.
  6. Anda akan terima emel pengesahan dan panduan pengaktifan eSIM.
  7. Imbas kod QR dan anda akan dibawa ke halaman tetapan eSIM pada peranti. Ikuti arahan yang diberikan dalam emel.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari halaman PrivateSIM CelcomDigi.

Tags: celcomCelcomDigidigiPrivateSIM
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
PrivateSIM CelcomDigi: Talian kedua eSIM untuk lindungi privasi & nombor utama anda

PrivateSIM CelcomDigi: Talian kedua eSIM untuk lindungi privasi & nombor utama anda

23 April 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER