• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

UMW Toyota & Kementerian Pengangkutan perkukuh langkah menuju mobiliti bersih Malaysia

  • OLEH Penaja
  • 10:50 pm
  • 30/04/2025
  • Komen
UMW Toyota & Kementerian Pengangkutan perkukuh langkah menuju mobiliti bersih Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh UMW Toyota Motor

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengorak langkah besar dalam menyokong agenda mobiliti yang lebih bersih dan mampan, melalui kerjasama strategik baru bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Ini adalah sebahagian daripada langkah untuk merealisasikan matlamat pembangunan jangka panjang negara yang rendah karbon.



Sebagai tanda sokongan terhadap agenda kelestarian nasional, UMWT telah menyerahkan lima kenderaan elektrifikasi kepada MOT. Barisan kenderaan yang diserahkan merangkumi 3 Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV), iaitu Toyota Alphard, Camry dan Corolla Cross, serta 2 Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), iaitu Toyota BZ4X dan Lexus RZ.

Pembangunan dasar berpandukan bukti

Melalui inisiatif ini, MOT berpeluang untuk menilai keupayaan sebenar teknologi kenderaan elektrifikasi dari segi kesesuaian, prestasi dan manfaatnya bagi penggunaan harian. Pengalaman secara langsung ini dikatakan bukan sahaja menymbang kepada pemahaman yang lebih mendalam, tetapi juga memberi laluan kepada pembangunan dasar yang lebih berpandukan bukti dan praktikal.



Menerut Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K., usaha untuk menuju ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 memerlukan kerjasama erat dari segenap sektor. Melalui kerjasama ini, ia membolehkan pembuat dasar untuk menyelami dan merasai sendiri keupayaan teknologi elektrifikasi.

Pendekatan “Multipathway” Toyota

Inisiatif ini juga mencerminkan strategi “Multipathway Toyota”, yang merangkumi pelbagai teknologi termasuk hibrid, plug-in hybrid (PHEV), sel bahan api hidrogen (FCEV) dan bahan api sintetik. Pendekatan UMWT memastikan peralihan ke arah kelestarian dilakukan secara praktikal, memberikan impak yang nyata dan berkekalan, sambil memenuhi keperluan tempatan yang berbeza-beza.

Teknologi hibrid khususnya menawarkan sebagai solusi yang berkesan untuk meminimumkan pelepasan karbon tanpa memerlukan perubahan drastik terhadap infrastruktur sedia ada mahupun tabiat pengguna.

“Teknologi hibrid terus menjadi nadi utama dalam pelan elektrifikasi Toyota, khususnya dalam konteks pasaran seperti Malaysia,” kata Mohd Shamsor Mohd Zain, Pengarah Eksekutif UMW Toyota Motor.

Seiring pelan mobiliti rendah karbon

Inisiatif ini secara langsung menyokong kerangka nasional seperti Pelan Induk Mobiliti Rendah Karbon 2021–2030, Dasar Tenaga Negara 2022–2040, dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Ia juga selari dengan sasaran untuk mencapai 15% penggunaan kenderaan elektrik (xEV) menjelang 2030 dan 38% menjelang 204

Dengan kemudahan akses kepada pelbagai teknologi kuasa elektrifikasi, MOT berupaya memberikan input yang bernas bagi merencana hala tuju pembangunan infrastruktur masa depan yang lebih mampan dan bersedia menghadapi perubahan.

UMWT perkukuh komitmen terhadap inovasi inklusif dan kelestarian

Berlandaskan visi “Move Your World”, UMWT memperlihatkan komitmen yang mendalam terhadap inovasi berasaskan nilai kemanusiaan, sekali gus memacu kemajuan praktikal dan inklusif selain menjunjung tinggi tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.

UMWT terus memainkan peranan sebagai pemangkin utama dalam mempercepatkan transformasi Malaysia ke arah sistem pengangkutan yang lestari, merangkumi pengenalan produk berinovasi tinggi serta penglibatan aktif dalam wacana dasar.

Tags: EVkementerian pengangkutankenderaan elektrikMOTToyotaUMWUMW MotorUMW Toyota Motor
Penaja

Penaja

POPULAR

UMW Toyota & Kementerian Pengangkutan perkukuh langkah menuju mobiliti bersih Malaysia

UMW Toyota & Kementerian Pengangkutan perkukuh langkah menuju mobiliti bersih Malaysia

30 April 2025
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN