• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 400 & 400 Pro akan dilancar 22 Mei, dilengkapi kamera 200MP dan ciri AI canggih

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:53 pm
  • 14/05/2025
  • Komen
Honor 400 & 400 Pro akan dilancar 22 Mei, dilengkapi kamera 200MP dan ciri AI canggih
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan bahawa siri Honor 400 bakal dilancar secara global di Malaysia, Honor kini telah mengesahkan pula tarikh pelancaran siri tersebut. Pelancaran global siri Honor 400 akan diadakan di Malaysia pada 22 Mei 2025, menjadikan pasaran Malaysia antara yang terawal menerima peranti tersebut.

Beberapa butiran mengenai siri ini telah pun didedahkan, memandangkan siri Honor 400 sudah dipamerkan secara rasmi di Malaysia minggu lepas. Namun begitu, meskipun kami berpeluang untuk mencuba sendiri telefon tersebut, spesifikasi penuh bagi kedua-dua telefon masih lagi belum boleh dikongsikan buat masa ini.



Honor 400 Pro
Honor 400

Apa yang hanya boleh kami kongsikan pada ketika ini adalah perkara berkaitan rekaan, kamera serta beberapa ciri AI baharu yang ditawarkan siri Honor 400.

Rekaan siri Honor 400

Honor 400 Pro

Bercakap mengenai rekaan, Honor 400 dan 400 Pro berkongsi rekaan yang hampir serupa. Malah, rekaan kedua-dua telefon ini juga tidak jauh berbeza dengan Honor 400 Lite yang dilancarkan hujung April lalu. Cuma, perbezaannya adalah, model Lite tampil dengan sisi lebih rata, serta modul kamera yang sedikit berbeza.



Model Lite juga dilengkapi dengan butang kamera khas, manakala model Honor 400 dan Honor 400 Pro tiada. Untuk perbezaan antara model Pro dan bukan Pro pula, ia boleh dilihat pada bilangan modul kamera di belakang. Model Pro dilengkapi tiga kamera, manakala model Honor 400 pula ada dua kamera belakang.

Bagaimanapun, kedua-dua Honor 400 dan 400 Pro mengguna pakai kamera utama dan kamera ultralebar yang sama, iaitu kamera utama 200MP f/1.9 dengan OIS dan kamera ultralebar 12MP f/2.2. Sementara itu, Honor 400 Pro memiliki kamera ketiga, yang merupakan lensa telefoto 50MP f/2.4 dengan kemampuan zum optikal 3x dan ada OIS.

Untuk selfie, kedua-dua model dilengkapi kamera depan 50MP.

AI Image to Video bolehkan gambar statik ditukar kepada video

Dengan Honor 400 dan 400 Pro, Honor memperkenalkan satu ciri AI baharu yang dipanggil sebagai AI Image to Video. Macam namanya, ciri ini membolehkan anda untuk menukar gambar statik kepada video menggunakan AI. Melaluinya, AI akan menggerakkan subjek dalam gambar, seperti manusia, lukisan atau haiwan, dan menukarkannya kepada video berdurasi 5 saat.

Selain daripada itu, terdapat juga ciri AI lain yang turut hadir pada Honor 400 dan 400 Pro termasuk AI Eraser 2.0, AI Cutout, AI Outpainting, dan AI Upscale.

Setakat itu sahaja perkara yang boleh didedahkan pada ketika ini. Untuk maklumat lebih lanjut, nantikan pelancarannya yang akan diadakan pada 22 Mei 2025, di mana spesifikasi penuh dan harga jualan akan diumumkan.

Tags: honorHonor 400Honor 400 Prohonor malaysiaSiri Honor 400
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor 400 & 400 Pro akan dilancar 22 Mei, dilengkapi kamera 200MP dan ciri AI canggih

Honor 400 & 400 Pro akan dilancar 22 Mei, dilengkapi kamera 200MP dan ciri AI canggih

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER