• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift X 14 & X 14 AI diumumkan, dilengkapi cip Intel atau AMD dengan RTX 5070

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:57 pm
  • 20/05/2025
  • Komen
Acer Swift X 14 & X 14 AI diumumkan, dilengkapi cip Intel atau AMD dengan RTX 5070
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Swift Edge 14 AI dan Swift Go AI, Acer turut mengumumkan dua laptop baru dalam barisan Swift X, iaitu Swift X 14 AI dan Swift X 14. Direka khusus untuk golongan profesional dan pencipta kandungan, kedua-dua model ini menggabungkan prestasi tinggi dengan keupayaan AI canggih dalam rekaan yang nipis dan mudah dibawa kemana-mana.

Walaupun kedua-dua model berkongsi banyak persamaan, termasuk reka bentuk dan spesifikasi dalaman, ia dipacu oleh cip pemproses daripada platform berbeza.



Spesifikasi Swift X 14 AI dan Swift X 14

Swift X 14 AI hadir dengan pilihan cip sehingga AMD Ryzen AI 9 365 yang dibina berasaskan seni bina terbaharu “Zen 5”, menawarkan prestasi AI yang tinggi dengan keupayaan memproses sehingga 50 TOPS. Sementara itu, Swift X 14 menggunakan cip sehingga Intel Core Ultra 9 285H, dengan NPU yang mampu mencapai sehingga 13 TOPS. Kedua-duanya ditawarkan dengan RAM LPDDR5X seluas 32GB dan storan PCIe Gen 4 2TB.

Dari segi grafik, kedua-dua laptop ini menggunakan GPU yang sama, iaitu NVIDIA GeForce RTX 5070 yang dibina berasaskan seni bina Blackwell. GPU ini menyokong teknologi DLSS 4 untuk meningkatkan prestasi dan memberikan akses kepada NVIDIA NIM Microservices, model AI canggih yang membolehkan pengguna dan pembangun membina aplikasi AI.



Beralih ke bahagian paparan, tiada perbezaan antara kedua-dua model. Swift X 14 AI dan Swift X 14 dilengkapi dengan panel OLED 14.5-inci resolusi 3K bernisbah 16:10. Ia turut menyokong 100% gamut warna DCI-P3, VESA DisplayHDR True Black 500 dan menerima pengiktirafan Calman. Acer turut menyertakan teknologi Light Sensing yang melaras suhu warna dan kecerahan mengikut pencahayaan sekitar.

Panel ini juga dilindungi Corning Gorilla Glass untuk ketahanan lebih baik dan ditawarkan dalam varian skrin sentuh bagi kawalan lebih intuitif.

Selain itu, laptop Swift X terbaharu ini juga memiliki pad sesentuh besar dengan sokongan haptik, serta menyokong stylus menggunakan protokol MPP2.5. Dari segi penyejukan, kedua-dua model ini hadir dengan dua kipas TwinAir stereo ring, dua paip haba, serta papan kekunci dengan saluran udara untuk memastikan aliran udara yang cekap.

Membekalkan tenaga pada kedua-dua laptop adalah bateri 76Whr, tetapi model Swift X 14 dikatakan menawarkan hayat bateri sehingga 16 jam, manakala Swift X 14 AI mempunyai jangka hayat sehingga 11 jam sahaja. Ciri sambungan ditawarkan pada laptop termasuk Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, Thunderbolt 4, dan slot kad mikroSD.

Harga dan ketersediaan laptop Swift X 14

Di pasaran Eropah, Swift X 14 AI dan Swift X 14 akan tersedia pada bulan Julai dengan harga bermula EUR 1,799 (~RM). Sama seperti laptop lain yang diumumkan bersempena dengan Computex 2025, masih belum ada maklumat rasmi mengenai ketersediaan atau harga untuk pasaran Malaysia setakat ini.

Tags: Aceracer swift x 14Acer Swift X 14 AIlaptopswiftSwift X 14 AI
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Swift X 14 & X 14 AI diumumkan, dilengkapi cip Intel atau AMD dengan RTX 5070

Acer Swift X 14 & X 14 AI diumumkan, dilengkapi cip Intel atau AMD dengan RTX 5070

20 May 2025
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN