• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Pad 10 tiba di Malaysia, tablet Snapdragon 7 Gen 3 dengan bateri 10,100mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:23 pm
  • 29/05/2025
  • Komen
Honor Pad 10 tiba di Malaysia, tablet Snapdragon 7 Gen 3 dengan bateri 10,100mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan siri Honor 400, Honor Malaysia turut mengumumkan tablet kelas pertengahan terbaharu mereka, iaitu Honor Pad 10. Ia merupakan pengganti kepada Pad 9 yang diperkenal Mac tahun lalu, dan model kali ini hadir dengan peningkatan ketara dari segi prestasi dan kapasiti bateri yang lebih besar

Menariknya, Honor turut menawarkan pembelian dengan hadiah menarik, bernilai sehingga RM1,097.



Harga dan ketersediaan Honor Pad 10 di Malaysia

Honor Pad 10 akan mula dijual di Malaysia bermula 30 Mei 2025. Ia ditawarkan dalam satu varian WiFi, tiada model LTE atau 5G. harga seperti model sebelumnya, iaitu:

  • Honor Pad 10 (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,499

Sebagai promosi pelancarannya, pembeli awal Honor Pad 10 turut akan disertakan dengan hadiah percuma seperti papan kekunci Bluetooth, pen stailus Honor Pencil dan fon kepala ANC Honor, yang kesemuanya bernilai RM1,097. Tentunya tertakluk selagi stok masih ada.



Kalau berminat, anda boleh dapatkan Honor Pad 10 menerusi stor online Honor, atau gedung rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Honor Pad 10

Berkenaan spesifikasi, tablet ini diperkasa cip Snapdragon 7 Gen 3 dan tersedia hanya dalam model WiFi. Honor mengatakan cip ini menawarkan peningkatan prestasi GPU 50%, CPU 15% dan 20% lebih cekap tenaga berbanding model sebelumnya yang menggunakan Snapdragon 6 Gen 1.

Tablet ini dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Kalau RAM tidak mencukupi, ia menyokong RAM Turbo yang menyediakan 8GB RAM secara maya. Ia juga serasi digunakan dengan papan kekunci dan pan stailus.

Skrin yang digunakan tidak berubah. Honor Pad 10 didatangkan dengan paparan IPS LCD bersaiz 12.1-inci beresolusi 2.5k (2560×1600) dan kadar segar semula 120Hz. Paparannya turut menyokong kecerahan puncak 500 nits, cakupan warna DCI-P3 96%, serta tampil dengan teknologi Honor Eye Comfort Display.

Sistem pengimejan tablet dihadir dengan dua kamera 8MP di hadapan dan belakang. Untuk tenaga, bateri berkapasiti 10,100mAh dipasang di dalam, lebih besar daripada Pad 9 yang menggunakan bateri 8,300mAh. Pengecasan yang disokong masih kekal sama pada paras 35W melalui USB-C.

Meskipun berbateri besar, badan tablet adalah senipis 6.29mm dengan berat sekitar 525g, didakwa Honor 7% lebih nipis dan 29% lagi ringan berbanding model terdahulu. Untuk audio, tablet ini dibekalkan enam speaker dengan sokongan Honor Spatial Audio. Pun begitu, kelihatan ia sedikit turut taraf berbanding Pad 9 yang ada lapan speaker.

Sejurus keluar kotak, Honor Pad 10 akan menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0 berasaskan Android 15. Turut dilengkapi pada OS tersebut adalah fungsi AI seperti AI Notes, AI Docs, HONOR Connect, Magic Ring dan Magic Portal. Honor Pad 10 tersedia dalam dua pilihan warna, iaitu kelabu dan biru.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor Pad 10.

Tags: honorhonor malaysiaHonor pad 10tablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Pad 10 tiba di Malaysia, tablet Snapdragon 7 Gen 3 dengan bateri 10,100mAh

Honor Pad 10 tiba di Malaysia, tablet Snapdragon 7 Gen 3 dengan bateri 10,100mAh

29 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER