• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pratempah Huawei MatePad Pro 12.2” 2025 dan terima rebat RM200 serta hadiah bernilai RM2,045

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:30 pm
  • 09/06/2025
  • Komen
Pratempah Huawei MatePad Pro 12.2” 2025 dan terima rebat RM200 serta hadiah bernilai RM2,045
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah mengumumkan tablet terbaharu mereka, Huawei MatePad Pro 12.2″ tahun 2025, kemas kini daripada MatePad Pro 12.2″ tahun lepas. Model baru ini mengekalkan beberapa spesifikasi seperti sebelumnya, tetapi didatangkan dengan rekaan kamera sedikit berbeza, sensor kamera lebih baik, serta ciri baharu pada aplikasi Huawei Notes dan Go Paint.

Tempahan awal untuk MatePad Pro 12.2″ 2025 juga telah dibuka dengan Huawei menawarkan pelbagai hadiah percuma serta rebat RM200.



Tempahan awal Huawei MatePad Pro 12.2″ 2025 di Malaysia

Buat masa ini, maklumat harga MatePad Pro 12.2″ masih belum diumumkan Huawei Malaysia. Tetapi dari hari ini, 9 Jun hingga 18 Jun jam 4 petang, anda yang berminat boleh mempratempah Huawei MatePad Pro 12.2″ 2025 dengan meletakkan deposit RM50, kemudian membuat pembayaran selebihnya sebelum 31 Julai.

Penempah awal MatePad Pro 12.2″ akan menerima rebat RM200 dan hadiah percuma bernilai sehingga 2,045, iaitu:



  • Papan kekunci Huawei Glide
  • Pen stailus Huawei M-Pencil generasi ke-3
  • Tetikus wayarles Huawei
  • Speaker Huawei Sound Joy 2
  • Beg galas Huawei CD60

Maklumat lebih lanjut berkaitan tempahan awal boleh anda dapatkan menerusi laman web Huawei Malaysia.

Huawei MatePad Pro 12.2″ 2025

Panel paparan yang digunakan MatePad Pro 12.2″ tahun 2025 tidak berubah berbanding sebelumnya. Ia adalah panel Tandem OLED beresolusi 2.8K (2800×1840) dengan nisbah 3:2, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak setinggi 2,000 nits.

Jika sebelum ini Huawei tidak mendedahkan secara rasmi cip yang digunakan pada tablet, model kali ini dinyatakan mengguna pakai cip Kirin T92A. Cip itu bergandingan dengan RAM 12GB dan storan 512GB. Kapasiti bateri juga masih kekal sama, [ada 10,100mAh dan menyokong pengecasan 100W USB-C.

Bagi apa yang baru, tablet MatePad Pro 12.2″ didatangkan dengan kamera belakang 50MP f/1.8, sensor lebih besar dari 13MP pada model sebelumnya. Kamera itu ditemani dengan kamera ultralebar 8MP f/2.2, dan kamera depan 8MP f/2.0.

Selain itu, Huawei juga telah memberikan tablet ini dengan ciri baharu pada aplikasi Huawei Note dan Go Paints. Kini, dengan Huawei Notes, anda menerima fitur AI Handwriting Enhancement yang boleh membantu untuk memperbetul dan meningkatkan tulisan tangan. Terdapat juga berus baru seperti pensel 2B, pen marker dan berus kaligrafi.

Untuk aplikasi Go Paint pula, ia kini hadir dengan berus lukisan minyak 3D (3D Oil Painting) baharu, serta fungsi Frame Animation yang membolehkan anda untuk menghasilkan animasi tersendiri bingkai demi bingkai dan mengeksportkannya ke dalam format MP4, GIF atau fail PSD untuk teruskan kerja di Adobe Photoshop.

Lagi ciri baharu yang disertakan adalah Live Multitask yang membolehkan anda membuka sehingga tiga aplikasi serentak dan bertukar antara aplikasi dengan lancar dan mudah. Tablet ini dilengkapi dengan sokongan WiFi 7, Bluetooth 5.2 serta menggunakan empat speaker dan ada pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Sejurus keluar kotak, tablet menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4. Huawei juga menjanjikan tablet akan menerima kemas kini OS dan keselamatan selama dua tahun.

Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi, anda boleh layari laman produk Huawei MatePad Pro 12.2″ 2025.

Tags: HuaweiHuawei Malaysiahuawei matepad proHuawei MatePad Pro 12.2MatePad Pro 12.2" 2025tablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pratempah Huawei MatePad Pro 12.2” 2025 dan terima rebat RM200 serta hadiah bernilai RM2,045

Pratempah Huawei MatePad Pro 12.2” 2025 dan terima rebat RM200 serta hadiah bernilai RM2,045

9 June 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER