• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerjasama TNG Digital dan Kakitangan.com benarkan pembayaran gaji terus ke TNG eWallet

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:54 pm
  • 17/07/2025
  • Komen
Kerjasama TNG Digital dan Kakitangan.com benarkan pembayaran gaji terus ke TNG eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

TNG Digital kini mengumumkan kerjasama dengan platform HR tempatan, Kakitangan.com, untuk memudahkan pembayaran gaji secara terus ke akaun TNG eWallet. Kerjasama ini bertujuan untuk menyediakan proses pembayaran gaji yang lebih pantas dan selamat, terutama bagi pekerja yang tidak mempunyai akaun bank tradisional.

Melalui integrasi baharu ini, majikan yang menggunakan platform HR dan penggajian Kakitangan.com boleh buat pembayaran gaji secara pukal terus ke TNG eWallet pekerja melalui ciri “DuitNow Bulk Transfer”, menggunakan sistem perbankan daripada mana-mana bank.



Setiap akaun TNG eWallet dilengkapi nombor akaun DuitNow tersendiri, membolehkan pengguna menerima bayaran dari mana-mana bank atau eWallet, sama seperti akaun bank konvensional.

Untuk pengetahuan anda, TNG eWallet diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebagai akaun yang sah untuk pembayaran gaji. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk pekerja migran dan mereka yang sukar membuka akaun bank.



Dengan gaji terus masuk ke eWallet, pengguna bukan sahaja dapat akses terus kepada pendapatan mereka, tetapi juga menikmati pelbagai ciri tambahan untuk mengurus, menyimpan dan berbelanja wang secara digital. Antara kemudahan yang ditawarkan:

  • Bayaran tanpa tunai menggunakan DuitNow QR atau kad Visa TNG eWallet
  • Penghantaran wang ke luar negara (Remittance) secara mudah
  • Pengeluaran tunai menggunakan kad Visa TNG eWallet

Fungsi-fungsi ni bukan saja mudahkan pengurusan kewangan harian, tapi juga bantu golongan yang tidak mempunyai akses perbankan untuk turut serta dalam ekonomi digital negara.

Menurut Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, kerjasama ini selari dengan misi syarikat untuk memperluas inklusi kewangan di Malaysia. “Kami teruja bekerjasama dengan Kakitangan.com bagi memastikan pembayaran gaji lebih mudah diakses oleh semua pekerja di Malaysia. Dengan lebih 2 juta warga asing menggunakan TNG eWallet, kami yakin kerjasama ini dapat memudahkan aliran kerja HR dan gaji syarikat sambil memastikan tiada siapa yang tercicir dalam era digital ini”, kata beliau.

Pengarah Kakitangan.com, Effon Koo, turut mengatakan bahawa integrasi ini bakal membantu syarikat SME yang mahu menawarkan pembayaran gaji yang lebih efisien dan menyeluruh. Tambah beliau, “Dengan integrasi ini, kita kini dapat menyokong majikan yang pekerjanya lebih gemar gunakan dompet digital. Ia membolehkan pembayaran gaji dibuat secara automatik, selamat dan tepat pada masanya, sekaligus memajukan ekonomi digital Malaysia dan kehidupan rakyat.”

Untuk mengetahui cara anda boleh menggunakan TNG eWallet sebagai platform untuk pembayaran gaji pekerja anda, anda boleh hubungi pihak TNG Digital di sini.

Tags: Kakitangan.comtngTNG Digitaltng ewalletTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kerjasama TNG Digital dan Kakitangan.com benarkan pembayaran gaji terus ke TNG eWallet

Kerjasama TNG Digital dan Kakitangan.com benarkan pembayaran gaji terus ke TNG eWallet

17 July 2025
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN