• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus umum Vivobook S14 & S16 baru dengan cip Snapdragon X, harga RM3,699

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:54 pm
  • 18/07/2025
  • Komen
Asus umum Vivobook S14 & S16 baru dengan cip Snapdragon X, harga RM3,699
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia telah mengumumkan ketibaan laptop Vivobook S terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu laptop Copilot+ Vivobook S14 dan Vivobook S16. Ia merupakan kemas kini kepada model yang dilancar tahun lalu, mengekalkan sebahagian besar perkakasan luaran, tetapi kini dilengkapkan dengan cip pemproses baharu, Snapdragon X.

Harga Asus Vivobook S14 & S16 Snapdragon di Malaysia

Untuk mereka yang berminat, Vivobook S14 dan S16 boleh didapatkan di Malaysia sekarang. Kedua-duanya memiliki tanda harga sama, iaitu RM3,699. Anda boleh dapatkannya kedua-dua laptop dalam dua pilihan warna, iaitu perak dan kelabu.



Sebagai perbandingan, model Vivobook S 14 dan Vivobook S 16 diperkasa cip Intel Core Ultra sebelum ini masing-masing dilancar dengan harga bermula RM4,399 dan RM4,699. Bermakna, model baharu ini menyaksikan penurunan harga yang agak ketara.

Spesifikasi Vivobook S14 & S16

Kemas kini signifikan pada model Vivobook S14 dan S16 baru ini adalah pada bahagian cip pemprosesnya. Seperti yang dinyatakan dalam awal artikel, kedua-dua laptop dilengkapkan dengan cip Snapdragon X, yang memiliki kemampuan memproses NPU sehingga 45 TOPS. Ini digandingkan dengan RAM LPDDR5X 16GB dan storan PCIe 4.0 SSD sehingga 1TB.



Boleh dilihat model baru ini juga menggunakan rekaan sedikit berbeza. Tapi selain daripada itu, perkakasan luaran dilihat masih sama. Kedua-dua Vivobook S14 dan S16 baru menampilkan skrin OLED yang sama, dengan masing-masing memiliki resolusi FHD (1920 x 1200) bersaiz 14″ dengan kadar pengegaran 60Hz dan resolusi 3.2K bersaiz 16″ dengan kadar penyegaran 120Hz.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pilihan skrin jenis IPS 2.5K (2560 x 1600) dengan salutan anti silau, bagi kedua-dua model. Dari segi audio, laptop ini menyokong teknologi Snapdragon Sound dan Dolby Atmos.

Meskipun berlainan saiz, Vivobook S14 dan S16 baru ini didatangkan dengan rekaan ultra nipis hanya 1.59cm. Casis kedua-dua laptop diperbuat dari logam dan melepasi piawaian ketenteraan untuk ada ketahanan yang teguh. Namun berat yang dimiliki adalah berbeza, dengan model S16 ada berat 1.74kg, manakala model S14 lebih ringan pada 1.35kg.

Untuk kawalan lebih intuitif, pad sesentuh laptop ini juga menyokong Smart Gesture, membolehkan pengguna melaras kecerahan skrin, melaras kelantangan audio, atau perlahankan dan cepatkan video.

Untuk tenaga, kapasiti bateri yang sama 70Whr dimuatkan pada kedua-dua laptop. Asus mendakwa varian 14″ mampu menawarkan hayat bateri sehingga 30.5 jam, manakala varian 16″ pila sehingga 32 jam. Pengecasan sehingga 60% boleh dicapai dalam masa 49 minit, menurut Asus.

Tiada beza pada penawaran port. Kedua-duanya hadir dengan satu HDMI 2.1, dua USB-A 3.2, dua USB-C (USB4), DisplayPort dan jek audio 3.5mm. Ia juga menyokong WiFi 6E dan Bluetooth 5.3.

Sebarang maklumat lanjut boleh anda dapatkan di laman produk Vivobook S14 dan Vivobook S16.

Tags: asusasus malaysiaAsus Vivobok S14Asus VivoBookAsus Vivobook S16copilot+snapdragon x
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Asus umum Vivobook S14 & S16 baru dengan cip Snapdragon X, harga RM3,699

Asus umum Vivobook S14 & S16 baru dengan cip Snapdragon X, harga RM3,699

18 July 2025
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN