• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Pura 80 Pro & Pura 80 Ultra dilancar di Malaysia, bermula RM4,599

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:35 pm
  • 24/07/2025
  • Komen
Huawei Pura 80 Pro & Pura 80 Ultra dilancar di Malaysia, bermula RM4,599
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Huawei Malaysia akhirnya telah melancarkan siri telefon pintar Huawei Pura 80 untuk pasaran tempatan, lebih daripada sebulan selepas ia diumumkan di China. Hanya dua model dibawa masuk, iaitu Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra.

Berbeza dengan pelancaran di China yang diperkenalkan dalam empat model, pasaran Malaysia tidak menerima model Pura 80 biasa dan Pura 80 Pro+.



Harga dan ketersediaan siri Huawei Pura 80 di Malaysia

Jika anda berminat untuk memiliki Huawei Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra, berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:

  • Pura 80 Pro (12GB + 512GB) – RM4,599
  • Pura 80 Ultra (16GB + 512GB) – RM6,599

Bagi meraikan pelancarannya, Huawei akan mengadakan Kempen Jualan Pertama dari 2 Ogos hingga 31 Disember, di mana pembeli kedua-dua model dalam tempoh ini layak menebus hadiah bernilai sehingga RM2,978, tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.



Promosi tempahan awal untuk siri Pura 80 yang diumumkan sebelum ini juga masih berjalan, dengan Huawei menawarkan hadiah bernilai sehingga RM1,428 kepada pembeli, termasuk fon putik Huawei FreeBuds Pro 4 dan 1 tahun jaminan Huawei Care+.

Anda boleh membuat tempahan untuk Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra dengan meletakkan deposit RM80, melalui stor dalam talian Huawei di bawah:

Huawei Pura 80 Pro

  • Huawei Online Store
  • Shopee
  • Lazada
  • TikTok Shop

Huawei Pura 80 Ultra

  • Huawei Online Store
  • Lazada
  • Shopee
  • TikTok Shop

Pura 80 Pro tersedia dalam tiga warna iaitu merah, hitam dan putih. Manakala, Pura 80 Ultra pula tersedia dalam dua warna, emas dan hitam.

Spesifikasi Pura 80 Pro

Huawei Pura 80 Pro

Huawei Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra berkongsi spesifikasi yang hampir serupa. Kedua-duanya didatangkan dengan panel paparan LTPO OLED bersaiz 6.8″ dengan resolusi FHD+ (2848×1276). Skrinnya turut menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, tahap PWM setinggi 1440Hz, serta dilindungi kaca Kunlun generasi kedua yang dikatakan 16 kali lebih tahan calar dan 25 kali tahan jatuh berbanding generasi sebelumnya.

Kedua-dua model juga diperkasa cip yang sama, iaitu Kirin 9020. Varian Pura 80 Pro tersedia dengan RAM 12GB dan storan 512GB, manakala model Pro Ultra tersedia dengan kapasiti RAM lebih besar 16GB, tapi storan dalaman sama 512GB.

Huawei Pura 80 Ultra

Perkara yang membezakan kedua-dua model ini adalah kamera. Pura 80 Pro menggunakan kamera telefoto 48MP f/2.1 mampu menyokong zum optikal 4x dan digital 100x, manakala 80 Ultra pula menggunakan kamera telefoto 50MP menggunakan sensor 1/1.28″ yang boleh berubah antara dua lensa. Satu lensa ada apertur f/2.4 dengan zum optikal 3.7x, manakala satu lagi ada apertur f/3.6 dengan zum optikal 9.4x.

Huawei Pura 80 Ultra
Huawei Pura 80 Pro

Selain daripada itu, kedua-dua berkongsi perkakasan kamera sama, iaitu kamera utama 50MP dengan sensor 1″ dan apertur yang boleh berubah di antara  f/1.6-f/4.0. Kamera ini dikatakan Huawei menawarkan julat dinamik 15x lebih tinggi berbanding kamera telefon pintar biasa. Kamera ketiga adalah kamera ultralebar 40MP f/2.2. Untuk selfie, terdapat kamera 13MP yang boleh anda gunakan.

Membekalkan tenaga pada kedua-dua model adalah bateri 5,170mAh yang sokong pengecasan 100W USB-C dan wayarles 80W. Tambahan pula, Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra juga diiktiraf kalis air dan debu IP69 serta lengkap dengan butang AI Smart Controls untuk akses mudah ke aplikasi kamera atau aktifkan lampu suluh. Dari segi sambungan, iamenyokong sambungan wayarles seperti Bluetooth 5.2, NFC, WiFi 6.

Seperti biasa bagi telefon Huawei, peranti ini akan menjalankan  EMUI15.0 berasaskan HarmonyOS.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari halaman laman produk Huawei Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Pura 80Huawei Pura 80 ProHuawei Pura 80 Ultrapura 80
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Huawei Pura 80 Pro & Pura 80 Ultra dilancar di Malaysia, bermula RM4,599

Huawei Pura 80 Pro & Pura 80 Ultra dilancar di Malaysia, bermula RM4,599

24 July 2025
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN