• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 dilancar di Malaysia, dari RM2,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:49 pm
  • 20/08/2025
  • Komen
Honor MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 dilancar di Malaysia, dari RM2,999
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pengumuman sebelum ini, Honor kini rasmi melancarkan tablet MagicPad 3 dan laptop MagicBook Art 14 untuk pasaran Malaysia.

Harga dan ketersediaan

Berikut adalah harga jualan MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 di Malaysia:



  • Honor MagicPad 3 (RAM 16GB dan storan 512GB) – RM2,999
  • Honor MagicArt 14 (RAM 32GB dan storan SSD 1TB – RM5,999

Kedua-dua laptop MagicBook Art 14 dan MagicPad 3 akan tersedua di Malaysia bermula 22 Ogos. Pembelian MagicPad 3 akan disertakan denganhadiah bernilai RM998 berupa papan kekunci wayarles dan stailus Magic Pencil 3, manakala pembeli MagicBook Art 14 akan menerima hadiah bernilai RM508 iaitu beg galas Honor dan Microsoft 365 Personal selama 1 tahun.

Spesifikasi MagicBook Art 14 2025

Honor MagicBook Art 14 adalah sebuah laptop kompak dan ringan, dengan berat sekitar 1kg dan ketebalan hanya 11.5mm. Di hadapan, lapton ini dilengkapi dengan skrin OLED sentuh bersaiz 14.6” dengan resolusi 3120×2080 pada nisbah 3:2, kadar segar semula 120Hz, serta kecerahan puncak sehingga 1600 nits.



Seperkara unik tentang laptop ini adalah, ia mempunyai kamera magnetik dipanggil “AI Magnetic Camera” yang boleh ditanggal pada bahagian bezel atas skrin. Laptop ini ditawarkan dalam dua kemasan warna iaitu hijau dan coklat baharu.

Atas papan utama, MagicBook Art 14 2025 diperkasa pemproses Intel Core Ultra 7 225H, yang dipadankan dengan RAM LPDDR5x 32GB dan storan SSD seluas 1TB.

Kapasiti bateri dimuatkan sebesar 60Wh dan dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan. Pengecasan 30 minit boleh mengisi sehingga 46% bateri, manakala pengecasan penuh 100% mengambil masa sekitar 95 minit.

Lagi ciri lain yang ditawarkan termasuk butang kuasa dengan pengimbas cap jari, sistem audio 6 pembesar suara (dua tweeter dan empat woofer) dengan sokongan Honor Spatial Audio, serta tiga mikrofon terbina. Ia juga dilengkapi papan kekunci bersaiz penuh dengan lampu latar, jarak tekan 1.5mm, dan pad sesentuh multi-touch.

Dari segi penawaran port, laptop ini mempunyai dua USB-C dengan satu daripada Thunderbolt 4, satu USB-A 3.2 Gen 1, satu HDMI 2.1, jek audio 3.5mm dan port untuk menyimpan kamera magnetiknya.

Spesifikasi Honor MagicPad 3

Beralih kepada tablet Honor MagicPad 3, ia hadir dengan skrin OLED 13.3″ beresolusi 3.2K (3200×2136) dengan kadar segar semula 165Hz, serta menyokong kecerahan puncak HDR sehingga 1000 nits.

Di dalam, ia diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3, dengan kombinasi RAM 16GB dan storan 512GB.

Sistem kamera belakangnya menampilkan tetapan dua kamera, iaitu kamera utama 13MP dan kamera makro 2MP, manakala kamera hadapan menggunakan sensor 9MP.

Tenaga disalurkan oleh bateri besar Honor Silicon Carbon 12,450mAh dengan pengecasan sokongan 66W, digabungkan dengan sistem audio 8 pembesar suara. Dari segi ketersambungan, ia menyokong WiFi 7 dan Bluetooth 5.4. Secara keseluruhan, badan tablet ini hanya tebal 5.79mm dan berat 595g.

Untuk pengalaman multitugas yang lebih lancar, MagicPad 3 turut ditawarkan dengan pilihan aksesori seperti Magic Pencil 3 dan papan kekunci pintar MagicPad 3 Smart Touch Keyboard.

Sejurus keluar kotak, tablet ini menjalankan MagicOS 9.0.1 berasaskan Android 15. Anda boleh dapatkan tablet ini dalam dua pilihan warna iaitu putih dan kelabu.

Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi, anda boleh layari laman produk Honor MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025.

Tags: honorHonor MagicBookArt 14Honor MagicPad 3honor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Honor MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 dilancar di Malaysia, dari RM2,999

Honor MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 dilancar di Malaysia, dari RM2,999

20 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER