• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Buds 3 FE: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:45 pm
  • 04/09/2025
  • Komen
Samsung Galaxy Buds 3 FE: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa minggu selepas dilancarkan di peringkat global, Samsung Malaysia kini telah mengumumkan ketibaan Galaxy Buds 3 FE ke pasaran tempatan. Fon putik ini hadir dengan rekaan ‘Blade Design’ bertangkai seperti siri Galaxy Buds 3 lain, serta menawarkan naik taraf pada kualiti audio, penyaring hingar aktif (ANC) dan ciri berasaskan AI.

Harga dan ketersediaan Galaxy Buds 3 FE

Galaxy Buds 3 FE akan mula dijual di Malaysia mulai 19 September pada harga RM499. Ia tersedia dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.



Sebagai perbandingan, harga Galaxy Buds 3 FE meningkat sebanyak RM100 berbanding Galaxy Buds FE yang dilancarkan pada harga RM399.

Spesifikasi Buds 3 FE

Galaxy Buds 3 FE kini hadir dengan rekaan “Blade Design” bertangkai seperti model Buds 3 lain. Namun, ia tidak dilengkapi dengan lampu LED pada tangkai, tetapi masih menyokong kawalan sentuhan, sapu untuk melaras kelantangan dan picit untuk kawal main atau henti lagu.



Badan fon putik juga kini dinaik taraf dengan kalis percikan air dan debu IP64 berbanding hanya IPX2 pada model FE sebelumnya.

Galaxy Buds 3 FE menampilkan speaker dinamik 1mm, dijanjikan memberikan bunyi lebih kaya dengan bass lebih dalam. Ia turut menyokong audio 360 darjah untuk pengalaman lebih imersif, serta hadir dengan penyaring hingar aktif (ANC) dipertingkat dan teknologi Crystal Clear Call yang membantu menjadikan suara lebih jelas ketika berbual di persekitaran bising.

Apabila dipadankan dengan telefon pintar Galaxy, Buds 3 FE turut menyokong terjemahan secara langsung melalui Galaxy AI Interpreter. Terdapat dua mod disediakan, satu mod “Listening”, di mana anda hanya perlu picit lama fon putik untuk mendengar perbualan seseorang dan terjemahannya dipaparkan di skrin.

Manakala satu lagi mod iaitu “Conversation”, membolehkan anda dengar terjemahan masa nyata dengan menghalakan mikrofon telefon ke arah orang sambil memicit fon putik dengan perlahan.

Galaxy Buds 3 FE juga menawarkan sambungan pantas dengan peranti Galaxy, dan anda boleh beralih dengan lancar antara Galaxy Tab, Galaxy Book atau peranti lain bergantung pada sumber audio yang dimainkan.

Daripada segi bateri, Buds 3 FE mampu menawarkan masa pengunaan sehingga 6 jam dengan ANC aktif atau 8.5 jam tanpa ANC. Dengan bekas pengecas, masa penggunaan lebih panjang sehingga 30 jam boleh anda jangkakan.

Tags: Galaxy Buds 3 FEsamsungsamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Buds 3 FE: Maklumat penjualannya di Malaysia

Samsung Galaxy Buds 3 FE: Maklumat penjualannya di Malaysia

4 September 2025
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN