• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:36 pm
  • 17/09/2025
  • Komen
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5
Share on FacebookShare on Twitter

Baru seminggu selepas Apple umumkan iPhone 17 Pro, Xiaomi pula mula memberi teaser untuk siri flagship terbaharu mereka, siri Xiaomi 17. Bukan sahaja mereka melangkau nombor daripada Xiaomi 15, model Xiaomi 17 Pro Max juga tampil dengan bonggol kamera baharu berbentuk segi empat tepat yang turut berfungsi sebagai skrin sekunder.

Buat masa ini, pengeluar telefon pintar dari China itu telah mengesahkan tiga model, iaitu Xiaomi 17, Xiaomi 17 Pro dan Xiaomi 17 Pro Max. Ketiga-tiganya dikatakan bakal menjadi telefon pintar pertama di dunia yang dikuasakan cip baharu Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5. Siri Xiaomi 17 dijangka akan dilancar hujung bulan ini di China.



Menurut Presiden Xiaomi, Lu Weibing, siri 17 adalah penanda aras baharu dalam strategi premium 5 tahun mereka, dengan setiap model menerima peningkatan generasi yang ketara.

Model asas Xiaomi 17 digambarkan sebagai flagship “standard” paling berkuasa setakat ini, dengan naik taraf menyeluruh tanpa kenaikan harga. Sementara itu, Xiaomi 17 Pro diposisikan sebagai flagship kamera kompak paling canggih, manakala Xiaomi 17 Pro Max pula ditetapkan sebagai flagship paling berkuasa dalam industri.



Dalam masa sama, Xiaomi sendiri mengakui bahawa mereka menjadikan iPhone sebagai penanda aras utama dalam strategi premium, dan yakin untuk bersaing terus dengan iPhone 17 pada generasi serta segmen yang sama.

Sumber: IceUniverse

Satu imej leak telah muncul di akaun rasmi Xiaomi Smartphone Weibo yang mendedahkan rekaan Xiaomi 17 Pro Max hadir. Ia dilihat menggunakan tetapan tiga kamera belakang dengan bonggol kamera besar berbentuk segi empat yang turut menempatkan skrin seakan penuh seperti telefon lipat.

Dua lensa utama tersebut berkemungkinan kamera utama dan telefoto, ditempatkan dalam bonggol tersebut, manakala satu lagi lensa kecil diletakkan di bawah bersama lampu flash serta penjenamaan LEICA di sisi.

Xiaomi 11

Kalau diingat semula, ini bukan pertama kali Xiaomi letak skrin belakang pada peranti flagship mereka. Xiaomi Mi 11 Ultra sebelum ini menggunakan paparan AMOLED 1.1” (diambil daripada Mi Band 5) di sisi kamera, yang boleh digunakan untuk swafoto atau paparan notifikasi.

Pada ketika itu, Mi 11 Ultra dijual di Malaysia pada harga RM4,299 dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

Buat masa ini, tiada sebarang butiran sama ada siri Xiaomi 17 akan dibawa masuk ke Malaysia. Namun untuk pasaran global, Xiaomi bakal melancarkan Xiaomi 15T dan 15T Pro pada 24 September 2025 di Munich, Jerman.

Tags: Snapdragon 8 Elte Gen 5xiaomiXiaomi 17Xiaomi 17 ProXiaomi 17 Pro MaXxiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

1 September 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN