• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Belanjawan 2026: Pengecualian cukai EV import tidak akan dilanjutkan

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:38 pm
  • 13/10/2025
  • Komen
Belanjawan 2026: Pengecualian cukai EV import tidak akan dilanjutkan
Share on FacebookShare on Twitter

Pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU) nampaknya tidak akan disambung selepas tahun 2025. Ini berdasarkan laporan Fiscal Outlook and Federal Government Revenue Estimates 2026 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, hasil cukai tidak langsung dijangka meningkat sebanyak 8.9% kepada RM83 bilion pada tahun 2026, dan sebahagian daripada peningkatan itu dijangka datang daripada sektor automotif termasuk industri EV.



MOF menyatakan bahawa hasil duti eksais akan meningkat kepada RM12.8 bilion, disokong oleh pengenalan model kenderaan baharu, promosi yang agresif, serta penamatan pengecualian duti eksais untuk EV CBU bermula tahun depan.

Buat masa ini, EV CBU menikmati pengecualian penuh ke atas duti import, duti eksais dan cukai jalan, satu insentif yang mula diperkenalkan dalam Belanjawan 2022 dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025. Namun begitu, laporan terbaharu MOF tidak memperincikan sama ada pengecualian duti import untuk EV CBU juga akan ditamatkan selepas tarikh tersebut.



Kadar cukai untuk kenderaan CBU sebelum penamatan pengecualian cukai EV

Bagi EV pemasangan tempatan (CKD) pula, insentif sedia ada masih dikekalkan, termasuk pengecualian duti eksais dan cukai jualan sehingga 31 Disember 2027, serta pengecualian duti import untuk komponen CKD.

Langkah menamatkan pengecualian cukai bagi EV import dijangka memberi kesan langsung kepada harga EV di pasaran tempatan, terutamanya bagi model seperti Tesla, BYD dan BMW yang diimport sepenuhnya dari luar negara bermula dari Januari 2026.

Secara keseluruhannya, masih banyak perkara yang belum jelas mengenai dasar kenderaan elektrik (EV) negara pada ketika ini. Oleh itu, diharapkan Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara ini pada masa akan datang.

Tags: BelanjawanBelanjawan 2026EVKementerian Kewangankenderaan elektrikMITIMOF
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Belanjawan 2026: Pengecualian cukai EV import tidak akan dilanjutkan

Belanjawan 2026: Pengecualian cukai EV import tidak akan dilanjutkan

13 October 2025
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN