• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM: Kelewatan NG MERS 999 akibat lonjakan panggilan, terima hampir 66,000 panggilan palsu

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:06 pm
  • 20/11/2025
  • Komen
TM: Kelewatan NG MERS 999 akibat lonjakan panggilan, terima hampir 66,000 panggilan palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) tampil memberikan penjelasan selepas timbul laporan bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menghubungi talian 999 atau mengalami kelewatan respon kecemasan susulan migrasi ke sistem baharu Next Generation Malaysian Emergency Response Services (NG MERS 999). TM berkata mereka memahami kebimbangan orang ramai dan sedang menangani setiap insiden yang dilaporkan “dengan keutamaan tertinggi”.

TM menjelaskan bahawa sistem MERS 999 lama yang berusia 17 tahun telah mencapai had teknikalnya dan tidak lagi mampu memenuhi keperluan kecemasan negara yang semakin meningkat. Sistem baharu NG MERS 999, yang mula beroperasi pada 16 November 2025, dibangunkan bagi meningkatkan kebolehcapaian, memperkukuh koordinasi antara agensi dan menyelaraskan Malaysia kepada standard kecemasan antarabangsa yang lebih moden.



Menurut TM, platform lama mengendalikan sekitar 50,000 panggilan sehari, tetapi jumlah panggilan melonjak kepada hampir 70,000 panggilan sehari sebaik sahaja NG MERS 999 diaktifkan.

Daripada jumlah panggilan harian itu, hanya 5% merupakan kecemasan sebenar. Ini bermakna antara 47,000 hingga 66,000 panggilan setiap hari adalah panggilan senyap atau panggilan palsu. TM turut mendedahkan bahawa jumlah insiden kecemasan sebenar yang dihantar pasukan respon kekal sekitar 3,500 kes sehari, sama seperti sebelum ini.



TM mengakui prestasi NG MERS 999 terjejas akibat lonjakan mendadak jumlah panggilan.

Bagi menangani isu tersebut, TM telah melaksanakan beberapa langkah termasuk meningkatkan kapasiti pelayan (server), mengoptimumkan konfigurasi pelayan, serta menambah tenaga kerja di pusat panggilan bagi menangani jumlah panggilan yang tinggi.

TM turut menegaskan bahawa panggilan suara 999 masih berfungsi sebagai saluran utama kecemasan. Aplikasi SaveME 999 pula bukan mandatori dan hanya berfungsi sebagai saluran tambahan untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan.

TM menyeru kepada orang ramai supaya menggunakan talian 999 secara bertanggungjawab, kerana panggilan tidak perlu atau panggilan gurauan boleh menghalang mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kecemasan. TM menambah bahawa pengurangan penyalahgunaan ini akan membantu meningkatkan kecekapan serta keberkesanan operasi kecemasan.

Tags: emergency sosMERS999NG MERS 999SaveME 999TM
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TM: Kelewatan NG MERS 999 akibat lonjakan panggilan, terima hampir 66,000 panggilan palsu

TM: Kelewatan NG MERS 999 akibat lonjakan panggilan, terima hampir 66,000 panggilan palsu

20 November 2025
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN