• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Air M4 (2026): Lebih berkuasa dengan cip M4, kini sokong WiFi 7

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:04 pm
  • 03/03/2026
  • Komen
iPad Air M4 (2026): Lebih berkuasa dengan cip M4, kini sokong WiFi 7
Share on FacebookShare on Twitter

Selain iPhone 17e, Apple turut memperkenalkan iPad Air baharu untuk tahun 2026. Seperti sebelum ini, kemas kini kali ini lebih kepada peningkatan dalaman, dengan perubahan utama terletak pada cip yang kini menggunakan Apple M4 yang lebih berkuasa.

Walaupun hadir dengan cip baharu, harga permulaan masih dikekalkan pada RM2,799 di Malaysia, bersama storan asas 128GB seperti generasi sebelumnya.



Harga iPad Air M4 2026 di Malaysia

Berikut adalah harga rasmi iPad Air (M4) 2026 di Malaysia, sama seperti model M3 tahun lalu:

11″ WiFi



  • 128GB – RM2,799
  • 256GB – RM3,199
  • 512GB – RM4,099
  • 1TB – RM4,999

11″ WiFi + 5G

  • 128GB – RM3,499
  • 256GB – RM3,899
  • 512GB – RM4,799
  • 1TB – RM5,699

13″ WiFi

  • 128GB – RM3,699
  • 256GB – RM4,099
  • 512GB – RM4,999
  • 1TB – RM5,899

13″ WiFi + 5G

  • 128GB – RM4,399
  • 256GB – RM4,799
  • 512GB – RM5,699
  • 1TB – RM6,599

Aksesori

  • Magic Keyboard 11″ – RM1,299
  • Magic Keyboard 13″ – RM1,399
  • Apple Pencil Pro – RM549
  • Apple Pencil – RM349

Pratempahan bermula 4 Mac 2026 dan ia akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 11 Mac 2026.

Untuk pelajar, guru dan kakitangan institusi pendidikan, Apple turut menawarkan harga untuk program pendidikan, bermula RM2,569 bagi model 11″ dan RM3,469 untuk versi 13″.

iPad Air baharu ini boleh didapatkan pengguna dalam empat warna iaitu Blue, Purple, Starlight dan Space Grey.

Apa yang baharu pada iPad Air (M4) 2026?

Seperti dijangka, perubahan terbesar adalah pada cip. iPad Air 2026 kini dikuasakan cip M4 yang dikatakan sehingga 30% lebih pantas berbanding versi tahun lalu.

Selain prestasi yang dipertingkat, ia juga menggunakan cip sambungan Apple terbaharu N1 dan modem C1X. Ini membolehkan sokongan WiFi 7 serta prestasi data selular sehingga 50% lebih pantas, sambil mengurangkan penggunaan tenaga modem sehingga 30%.

Bagi yang memilih versi WiFi + 5G, perlu diingat bahawa ia hanya menyokong eSIM, sama seperti generasi sebelumnya.

iPad Air (M4) 2026 masih menggunakan paparan Liquid Retina berasaskan IPS dengan resolusi 2360×1640 untuk model 11 inci dan 2732×2048 untuk versi 13 inci. Kamera hadapan 12MP dengan sokongan Centre Stage masih dikekalkan, begitu juga pembesar suara stereo.

Di bahagian belakang, terdapat kamera 12MP yang mampu merakam video 4K.. Ia juga masih menggunakan Touch ID yang terletak pada bahagian atas tablet.

iPad Air (M4) 2026 menampilkan skrin IPS Liquid Retina dengan resolusi 2360×1640 piksel untuk saiz 11″ dan 2732×2048 piksel untuk saiz 13″. Kamera hadapan 12MP dengan sokongan Centre Stage masih dikekalkan, begitu juga pembesar suara stereo yang berorientasikan mod landskap.

Di bahagian belakang pula, terdapat kamera wide 12MP yang mampu merakam video 4K. Untuk akses pantas, iPad Air ini dilengkapi Touch ID yang juga boleh digunakan untuk mengesahkan transaksi Apple Pay secara dalam talian.

Sama seperti sebelumnya, pengecasanboleh dilakukan melalui port USB-C dan jangka hayat bateri masih sama sehingga 10 jam main balik video.

Untuk pengalaman lebih seperti PC, anda boleh memasangkan iPad Air ini dengan Magic Keyboard yang dijual secara berasingan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk iPad Air.

Tags: appleApple M4apple malaysiaiPad Air M4
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iPad Air M4 (2026): Lebih berkuasa dengan cip M4, kini sokong WiFi 7

iPad Air M4 (2026): Lebih berkuasa dengan cip M4, kini sokong WiFi 7

3 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN